Kepada yang berkenaan,

Merujuk perkara di atas, para peserta kursus yang telah menamatkan pengajian Program DAPJ Ambilan Tahun 2012 dijemput untuk menyertai Majlis Konvokesyen tersebut yang akan diadakan pada 19 Oktober 2013 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, tuan / puan dikehendaki memaklumkan kepada Urus Setia sama ada hadir / tidak hadir ke majlis tersebut dengan melayari lama sesawang berikut : http://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2012 sebelum / pada 12 Oktober 2013.  Kehadiran adlah diwajibkan bagi mereka yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Sektor Pengurusan Sekolah,

JPN Perak.

Joomla SEF URLs by Artio