MOHON HEBAHAN BAGI PROGRAM KLINIK SUKAN MEMANAH PARALIMPIK NEGERI PERAK 2013

Adalah dimaklumkan bahawa, Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Perak akan mengadakan klinik seperti ketetapan berikut : -

Tarikh

Tempat

Pendaftaraan

25 – 27 Oktober 2013

Ladang Infoternak Sungai Siput ( U )

3.00 petang – 6.00 petang

Program ini dianjurkan bertujuan untuk mencari bakat baru serta memberi kefahaman dan pengetahuan dari segi teknik-teknik latihan dan peraturan dalam sukan ini. Ia juga sebagai satu usaha untuk melahirkan pelapis atlet paralimpik bermula dari peringkat awal yang dapat menggalas cabaran negara di peringkat kebangsaan.

Segala makan minum dan penginapan adalah ditanggung oleh penganjur. Etika pemakaian adalah berpakaian sukan. Program ini khusus kepada kecacatan anggota sahaja ( mempunyai kekuatan tangan ). Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik pihak tuan untuk membuat hebahan bagi menarik lebih ramai penyertaan di kalangan golongan OKU di seluruh negeri Perak. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan jadual klinik tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila klik di bahagian

Attachments:
Download this file (MOHON HEBAHAN BG PROG KLINIK SUKAN MEMANAH PARALIMPIK N.PRK 2013.pdf)surat siaran,borang dan jadual[ ]1253 kB