Surat rasmi jemputan ke Taklimat Kesedaran ini boleh dimuat turun melalui portal ini mulai 16.10.2013.

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak
(Seperti dalam Lampiran A)

Tuan,

TAKLIMAT KESEDARAN PEMBEKALAN CHROMEBOOK BAGI MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH DI SEKOLAH NEGERI PERAK TAHUN 2013

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Projek Perkhidmatan 1BestariNet telah melaksanakan pembekalan ICT menggunakan perkakasan Chromebook untuk konsep makmal mudah alih kepada 268 buah sekolah bagi kategori sekolah bandar, penggunaan VLE yang tinggi, bilangan pelajar yang ramai, sekolah yang belum mendapat penggantian peralatan ICT dan penggunaan teknologi selain daripada VSAT atau OCPE.

3.   Oleh itu, satu taklimat kesedaran akan diadakan oleh pihak YTL Communications Sdn Bhd dengan kerjasama dari pihak KPM dan JPN Perak. Pentadbiran ini dengan sukacita menjemput tuan atau seorang (1) wakil untuk menghadiri taklimat kesedaran yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      : 17 Oktober 2013 (Khamis)
Masa       : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat    : Dewan SMK Tun Perak,  33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar
Agenda   : Seperti Lampiran B
Pakaian   : Pakaian kerja

4.  Semua tuntutan adalah di bawah tanggungan jabatan masing-masing mengikut pekeliling yang berkuatkuasa pada masa sekarang dan tertakluk kepada kebenaran Ketua Jabatan.

5.  Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung taklimat kesedaran tersebut boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab Puan Suhana Mohd Alias di talian 05-5015199 / e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Surat rasmi jemputan ke Taklimat Kesedaran ini boleh dimuat turun melalui portal ini mulai 16.10.2013.

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Joomla SEF URLs by Artio