Semua
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak

Tuan / Puan,

PELAKSANAAN PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT KEPERLUAN ASAS PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2014 MENERUSI e-PERLU

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Semua pihak sekolah diminta supaya melaksanakan pengisian maklumat keperluan asas pembukaan sekolah sesi 2014 menerusi e-PERLU.

3.     Oleh itu, semua sekolah perlulah memberi kerjasama dengan mengisi maklumat tersebut dengan lengkap dan tepat melalui Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) yang boleh dilayari di  http://apdm.moe.gov.my/ Bersama-sama ini juga, kami sertakan Manual pengguna e-PERLU, Surat Makluman e-PERLU dan Surat Makluman e-PERLU daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun di bahagian 'Attachments' di bawah.

4.     Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, bolehlah menghubungi En. Abdul Rahman bin Mohd Yusof (Penolong Pengarah Tingkatan 6) di talian 05-5015117.

 

Sekian, terima kasih.

 

Penolong Pengarah (Pengurusan Tingkatan 6)
Unit Sekolah Menengah,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Perak

Joomla SEF URLs by Artio