Salam sejahtera,

 

Perhatian kepada semua Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan.

 

Tuan,

 

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA CINA SPM 2013

Sukacita  saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerja sama Persatuan Kebajikan Guru-guru Bahasa Cina Sekolah Menengah dan Unit Hal Ehwal Bukan Islam Perak Darul Ridzuan akan mengadakan ceramah tersebut dan ketentuan ceramah adalah  seperti berikut :

   

    Tarikh                      :   19  Oktober 2013  ( Hari Sabtu )

Tempat                    :   Dewan  Serbaguna, Bangunan Kerajaan Negeri Perak

Masa                        :   8.00 pagi –  12.30 tengah hari                               

3.         Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan dipohon supaya menghantar seorang guru dan  4 orang pelajar dari sekolah tuan untuk menghadiri ceramah tersebut. Namun begitu pelajar-pelajar lain yang berminat juga dijemput hadir. Guru yang menghadiri ceramah ini boleh dianggap sebagai kursus untuk Latihan Dalam Perkhidmatan.

4.         Untuk makluman, kos perbelanjaan ceramah ditanggung oleh Persatuan Kebajikan Guru-guru Bahasa Cina Sekolah Menengah dan Unit Hal Ehwal Bukan Islam Perak Darul Ridzuan.Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Lim Song Khan di talian 05-2414000 samb 124  atau 010-5343108.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 *Sila rujuk lampiran

Attachments:
Download this file (20131017150941248.pdf)20131017150941248.pdf[ ]250 kB
Joomla SEF URLs by Artio