Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Pejabat Pelajaran Daerah

 

Semua Pengetua / Guru Besar

SMK / SABK / SK / SJKC / SJKT,

Seluruh Negeri Perak.

 

Tuan,

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UJIAN DALAM TALIAN UKM 1 - PERMATApintar 2013

 

Dengan hormatnya surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM KP(BPSH-SPP) 802/02 jld.5(23) bertarikh 22 Januari 2013 adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa KPM dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan PERMATA Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1 versi 2013 secara atas talian bermula 1 Februari hingga 30 Mei 2013. Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak tuan dipohon untuk menggalakkan dan memastikan semua murid yang berada dalam lingkungan 8 hingga 15 tahun di sekolah tuan menduduki Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1 versi 2013 secara atas talian melalui laman sesawanghttp:www.permatapintar.edu.my. Klik di sini untuk mencetak surat siaran muka surat 1dan muka surat 2.

 

3. Oleh demikian sebarang pertayaan berkaitan program ini, sila hubungi En. Zulkafli Bin Hj. Mohamed Mokhtar, Pen. Pengarah Projek Khas/SBP/Kluster, Sektor Pengurusan Sekolah di talian 019-5757361 atau 05-5015293.

 

Pengurusan Projek Khas/SBP/Kluster

Sektor Pengurusan Sekolah 

Joomla SEF URLs by Artio