Surat rasmi jemputan dan jadual latihan boleh dimuat turun melalui ruangan attachment dibawah.

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak
(Seperti dalam Lampiran A)

Tuan,

LATIHAN CHROMEBOOK UNTUK MAKMAL MUDAH ALIH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2013

Satu latihan teknikal dan penggunaan Chromebook akan diadakan oleh pihak YTL Communications Sdn Bhd dengan kerjasama dari pihak KPM dan JPN Perak.  Pentadbiran ini dengan sukacita menjemput dua (2) orang peserta iaitu Guru Penyelaras ICT, Guru Penyelaras VLE atau wakil iaitu Guru/Juruteknik Komputer untuk menghadiri latihan yang akan diadakan seperti ketetapan di Lampiran B.

Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung latihan tersebut boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab mengikut Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing seperti di lampiran tersebut.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Surat rasmi jemputan dan jadual latihan boleh dimuat turun melalui ruangan attachment dibawah.

Joomla SEF URLs by Artio