Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Guru data Negeri Perak,

Sukacita dimaklumkan, Aplikasi EMIS Online sedang dalam proses dinaik taraf oleh BPPDP, KPM dan mengalami beberapa penambahbaikan. Akibatnya, beberapa masalah teknikal telah berlaku menyebabkan kerja kemaskinidata terganggu dan kehilangan data. Antara gangguan yang dikesan ialah masalah pengisian jawatan dalam dan luar norma (Guru Kaunseling dan Pemulihan LINUS).

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Guru Data bersabar dan teruskan kerja kemaskini data sehingga 31 Oktober 2013. Sila pastikan SEMUA JAWATAN telah diisi sebelum hantar cetakan ralat ke PPD. Sila baca pengumuman EMIS Online, Portal JPN dan Portal PPD dari masa ke semasa.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak