Pengetua

SMK / SBP / SABK

MRSM / Swasta / Agama

Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Tuan/Puan,

 

SOAL SELIDIK PELAKSANAAN SEJARAH KERTAS 3 (1249/3)
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2013

Dengan  hormatnya saya diarah merujuk surat Lembaga Peperiksaan KP.LP.003.07.14 (59) bertarikh 21 Oktober 2013 berhubung perkara di atas.

2.     Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan sedang menjalankan soal selidik bagi mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan Sejarah Kertas 3 di semua sekolah seluruh Malaysia. Pihak sekolah dikehendaki melengkapkan soal selidik sebelum atau pada 23 Oktober 2013 melalui sistem soal selidik atas talian. Soal selidik tersebut boleh dicapai melalui Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp

3.     Bersama-sama ini disertakan surat arahan rasmi daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Kerjasama tuan/puan untuk memberi perhatian berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

b.p. Ketua Sektor
        Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan
        Jabatan Pendidikan Perak.

 

 

 

 

 

Attachments:
Download this file (Surat Siaran Lembaga Peperiksaan.pdf)Surat Siaran Lembaga Peperiksaan.pdf[ ]963 kB