Semua Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Negeri Perak.

 

Tuan,

PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1 MALAYSIA

Sukacita dipanjangkan dan dimaklumkan maklumat Permohonan Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia untuk pelajar miskin seluruh negara (Rujuk pada ruangan 'Attachment').

2.     Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang telah tamat persekolahan. Pihak sekolah diminta memaklumkan kepada pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran disebabkan masalah kewangan. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan ini hendaklah berhubung di talian 019-9152334 atau 012-9281085.

3.     Pihak urusetia memerlukan 480 orang permohonan lagi. Permohonan ini dilanjutkan sehingga 30 November 2013

Sekian, terima kasih.

 

Unit Hal Ehwal Murid,

Jabatan Pendidikan Perak

Joomla SEF URLs by Artio