Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran,

 

Dengan hormatnya surat JPN berkaitan kemaskini data EMIS Online [J.Pel.Pk(ICT)4668/11/3/1 Jld.3(42) bertarikh 3 Oktober 2013] adalah dirujuk. Melalui surat ini adalah jelas dimohon semua sekolah mengemaskini data EMIS Online sebelum atau pada 25 Oktober 2013. Data bulan Oktober amat penting bagi tujuan analisis Maklumat Asas Pendidikan (MAP) di KPM, JPN dan PPD serta untuk data Aplikasi ePrestasi 2013.

Memandangkan berlaku masalah teknikal berkaitan pengisian PERJAWATAN (telah pun selesai mulai 23 Oktober), tarikh akhir dilanjutkan hingga 31 Oktober 2013. Namun, pemantauan data EMIS Online pada 25 Oktober 2013 menunjukkan masih terdapat banyak ralat yang sebenarnya boleh diperbaiki sejak awal bulan Ogos dibiarkan begitu sahaja. Malah terdapat sekolah jelas masih BELUM MULA KEMASKINI kerana begitu banyak ralat. Mohon kerjasama Pengetua/ Guru Besar dan PK Pentadbiran merujuk CETAKAN UTILITI SEMAKAN RALAT EMIS VERSI 5.2.4 semasa agar masalah ralat ini dapat diselesaikan pada tarikh ditetapkan iaitu sebelum atau pada 31 Oktober 2013.

Contoh Bilangan Ralat Data EMIS Ikut sekolah

Sumber : EMIS Online 25 Oktober 2013 jam 8.30 pagi

BIL KodPPD PPD KodSekolah NamaSekolah BilRalat
1 A100 PPD   KINTA UTARA ABC2100 SJK(C) YUK CHOY 616
2 A100 PPD   KINTA UTARA AEA2302 SMK   ULU KINTA 548
3 A100 PPD   KINTA UTARA AEB2043 SMK   ANDERSON 504
4 A020 PPD   MANJUNG ABA1028 SK   SERI MANJUNG 503
5 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEE6058 SMK   DATO KAMARUDDIN 450
6 A010 PPD   BATANG PADANG AEE0041 SMK   DATO' ZULKIFLI MUHAMMAD 449
7 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEA6056 SMK   BUKIT JANA 425
8 A020 PPD   MANJUNG AEE1036 SMK   AMBROSE 402
9 A100 PPD   KINTA UTARA AEA2065 SMK   RAPAT SETIA 390
10 A020 PPD   MANJUNG AEE1026 SMK   METHODIST (ACS) 380
11 A100 PPD   KINTA UTARA AEA2041 SMK   RAJA CHULAN 370
12 A050 PPD   KUALA KANGSAR AHA4002 SM   VOKASIONAL KUALA KANGSAR 364
13 A040 PPD   KRIAN AEB3044 SMK   BAGAN SERAI 361
14 A010 PPD   BATANG PADANG ABA0120 SK   SERI BESOUT 347
15 A110 PPD   KINTA SELATAN AEB2068 SMK   PEI YUAN 341
16 A050 PPD   KUALA KANGSAR AEB4072 SMK   RAJA MUDA MUSA 337
17 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEE6050 SM   KING EDWARD VII 336
18 A110 PPD   KINTA SELATAN AEA2064 SMK   SENTOSA 335
19 A090 PPD   PERAK TENGAH AEE8701 SMK   ISKANDAR SHAH 328
20 A040 PPD   KRIAN AEE3045 SMK   MUDZAFFAR SHAH 323
21 A110 PPD   KINTA SELATAN AEE2072 SMK   DATO' BENDAHARA C M YUSUF 311
22 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AFT6004 MAAHAD   AL TARBIAH AL ISLAMIAH 308
23 A100 PPD   KINTA UTARA ABA2004 SK   TAMBUN 304
24 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEA6061 SMK   MATANG 304
25 A100 PPD   KINTA UTARA ABA2046 SK   DATO' AHMAD SAID TAMBAHAN 303
26 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AKE6159 SM   TEKNIK TAIPING 302
27 A090 PPD   PERAK TENGAH AEA8003 SMK   SULTAN ABDUL JALIL SHAH 288
28 A100 PPD   KINTA UTARA ABA2052 SK   SERI KELEBANG 282
29 A100 PPD   KINTA UTARA AEA2045 SMK   RAJA PERMAISURI BAINUN 282
30 A050 PPD   KUALA KANGSAR AEB4074 KOLEJ   MELAYU KUALA KANGSAR 277

 

Berikut disertakan bilangan ralat mengikut sekolah. Muat turun fail di bawah. Kepada semua Pengetua/ Guru Besar, PK Pentadbiran dan Guru Data yang telah selesai kemaskini data diucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH.

Sekian, terima kasih,

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio