Pengetua / Guru Besar yang terlibat,
 
Tuan / Puan,
 
Rintis Tinjauan Audit Infrasturktur Sekolah untuk Perlaksanaan Inisiatif Menaik Taraf Semua Sekolah bagi Mencapai Standard Garis Asas Infrastruktur dan Inisiatif Menukar Sekolah Padat Menjadi Sekolah Satu Sesi.
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Pendidikan (BPPDP) akan melaksanakan Rintis Tinjauan Audit Infrasturktur Sekolah untuk Perlaksanaan Inisiatif Menaik Taraf Semua Sekolah bagi Mencapai Standard Garis Asas Infrastruktur dan Inisiatif Menukar Sekolah Padat Menjadi Sekolah Satu Sesi di sekolah-sekolah terpilih (seperti di bawah) mulai 28 Oktober 2013 hingga 8 November 2013.
 
3.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu bersedia dengan menyediakan guru-guru dan murid-murid bagi membantu pasukan pemantau menjalankan tinjauan, iaitu:
             i.  Guru dan untuk semakan data EMIS;
             ii.  dua orang pentadbir, lima orang guru dan lima orang murid (Tahun     
                 6/Tingkatan 4) untuk menjawab soal selidik.
 
4.   Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Makheran binti Asaron di talian 03-8884 6332 / 013-6704424 atau YBhg Datin Hiriyati binti Abd. Ghalib di talian 03-8884 6329 / 019-3804477.
 
5.   Kerjasama dan komitmen pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Senarai Sekolah yang Terlibat:
 
1.       SMK Temenggong (AEA4083)
2.       SMK Clifford (AEE4070)
3.       SMK Sultan Muzafar Shah 1 (AEA8002)
4.       SMK Tasek Damai, Ipoh (AEA2054)
5.       SK Lintang (ABA4042)
6.       SK Laksamana, Kuala Sepetang (ABA6003)
7.       SK Parit (ABA8216)
8.       SK Sungai Rokam, Ipoh (ABA2003)
 
 
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Sektor Pengurusan Sekolah
 
Joomla SEF URLs by Artio