Semua Pengetua/ Guru Besar, Guru Data dan Pembantu Tadbir,

Salah satu punca BILANGAN ralat EMIS Online berbeza antara sekolah, PPD dan JPN ialah terdapat kes penggunaan nombor Fail Peribadi (FP), Gaji dan KWSP berulang (Duplicate) iaitu satu nombor digunapakai lebih seorang di sekolah yang sama atau berbeza.

Sehubungan itu, mohon semua Pembantu Tadbir dan Guru Data yang terlibat menyemak dan membetulkan kembali nombor ini dalam EMIS Online. Antara tindakan:

1. Kes Nombor FP "Duplicate" : Hubungi Unit Fail di JPN untuk pengesahan. Sila pastikan hanya 1 nombor digunapakai oleh seorang Guru/Staf. KOSONGKAN data jika masih belum terima,

2. Kes Nombor Gaji "Duplicate : Hubungi Unit Kewangan (5015096), JPN Perak.

Unit Pengurusan Maklumat berharap masalah ini dapat diselesaikan dan dikemaskini dalam EMIS Online pada kadar segera.

Nombor FP betul akan digunapakai untuk cetakan Surat Pergerakan Gaji 2014 nanti. Muat turun fail dimaksudkan untuk rujukan dan tindakan tuan.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat, JPN Perak