Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Semua Penolong Akauntan Daerah

 

MAKLUMAT STATUS PERLUASAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)

2.      Adalah dimaklumkan Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Program Perluasan Sistem eSPKWS kepada sekolah-sekolah di bawah KPM dan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab untuk memastikan sistem tersebut digunapakai sepenuhnya oleh semua sekolah di bawah seliaan masing-masing mulai tahun 2014.

3.     Sehubungan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah dipohon untuk memberi maklumat status terkini bagi Pelaksanaan Perluasan Sistem eSPKWS di sekolah-sekolah dan kesediaan sekolah-sekolah menggunakan sistem ini pada tahun 2014 dengan melengkapkan borang seperti di Lampiran A.

4.      Bersama-sama ini disertakan surat dari Bahagian Akaun KPM dan surat siaran dari Unit Akaun JPN Perak untuk tindakan Tuan/Puan.

Attachments:
Download this file (eSPKWS_JPN1.jpg)eSPKWS_JPN1.jpg[ ]214 kB
Download this file (eSPKWS_JPN1A.jpg)eSPKWS_JPN1A.jpg[ ]128 kB
Download this file (eSPKWS_KPM_001.jpg)eSPKWS_KPM_001.jpg[ ]247 kB
Download this file (eSPKWS_KPM_002.jpg)eSPKWS_KPM_002.jpg[ ]116 kB
Joomla SEF URLs by Artio