Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data,

Sukacita dimaklumkan, BPPDP, KPM telah melaksanakan penambahbaikan terhadap maklumat Bilik dalam EMIS Online. Setiap bilik hendaklah dinyatakan keadaan FIZIKAL dan PENDAWAIAN masa kini.

Sebagai contoh, jika sesebuah sekolah itu mempunyai 12 buah bilik darjah, sila nyatakan berapa buah dalam keadaan Baik, Sedehana, Rosak Sedikit atau Rosak Teruk. Jika semua keadaan FIZIKAL Baik, maka nyatakan BILANGAN BILIK seperti berikut;

Baik = 12

Sederhana = 0

Rosak Sedikit  = 0

Rosak Teruk = 0

Jika salah sebuah bilik ini keadaaan PENDAWAIAN pula Rosak Teruk maka kunci masuk BILANGAN BILIK seperti berikut;

Baik = 11

Sederhana = 0

Rosak Sedikit  = 0

Rosak Teruk = 1

Lihat HASIL seperti contoh gambarajah di bawah:

AuditFizikalEMIS

 

PERINGATAN :

1. JANGAN masukkan kod keadaan. Masukkan BILANGAN BILIK.

2. JANGAN biarkan ruang tidak berisi. Sila isi Angka 0 (Kosong) pada ruang tidak berkenaan seperti gambarajah di atas..

Untuk kemaskini maklumat ini, sila klik Menu Bilik - Klik Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/ Bangunan Khusus - Klik Kemaskini (Ikon Pensil) - kunci masuk bilangan bilik mengikut tahap FIZIKAL dan PENDAWAIAN diakhiri dengan klik butang SIMPAN. Maklumat yang sah dan terkini sangat diperlukan untuk tujuan audit data keadaan Fizikal dan Pendawaian semua sekolah. Sila kemaskini untuk semua jenis bilik PADA ATAU SEBELUM 6 NOVEMBER 2013.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio