PENGURUSAN SEKOLAH

Ditulis oleh MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK on . Posted in PENGURUSAN SEKOLAH

Bahagian ini :

1. menguruskan pendaftaran kemasukan, penempatan, pertukaran, tukar aliran serta permohonan kemasukan semula murid-murid bagi sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.
2. Menguruskan penempatan dan pertukaran guru terlatih antara daerah/negeri bagi sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.
3. menguruskan cadangan pengisian jawatan dan penempatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran bagi sekolah menengah dan rendah.
4. menyediakan waran perjawatan guru sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.
5. menyediakan maklumat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi perjawatan dan kewangan untuk aktiviti-aktiviti sekolah menengah, rendah dan prasekolah.
6. mengurus kelulusan menambah atau mengurangkan bilangan kelas bagi sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.
7. menguruskan Prasekolah di sekolah-sekolah yang terlibat dalam negeri Perak.
8. menjalankan tugas-tugas penyeliaan/pemantauan pengurusan sekolah menengah, rendah dan prasekolah.
9. menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Negeri / Sekolah Kawalan.
10. mengendalikan kursus-kursus dalam perkhidmatan/ peningkatan profesionalisme keguruan.
11. menguruskan pembukaan kelas POL Bahasa Cina, Tamil dan Telegu.
12. menguruskan perluasan kelas BC dan BT di Sekolah Kebangsaan.
13. mengurus, memproses dan menganalisis data guru dan murid sekolah menengah, rendah dan prasekolah untuk tujuan pengurusan pendidikan.
14. melaksanakan MS ISO 9001:2000 bagi pertukaran dan penempatan guru serta kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh.
15. menyelaras pengurusan sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan.
16. menguruskan permohonan permit mengajar, permohonan pendaftaran Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, dan permohonan pendaftaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
17. menguruskan permohonan cuti peristiwa sekolah dan permohonan penukaran nama sekolah.
18. menguruskan permohonan lawatan murid sekolah menengah, rendah dan prasekolah.
19. menguruskan permohonan Bayaran-bayaran Lain (SUWA, asrama dan PIBG) dan kutipan derma.
20. menguruskan permohonan memberi ceramah, pameran, pementasan dan penggambaran.
21. menguruskan jemputan dan undangan orang kenamaan serta majlis rasmi sekolah.
22. menguruskan permohonan menjalankan penyelidikan di sekolah.
23. menyemak berita akhbar berkaitan pendidikan dan mengambil tindakan.
24. menguruskan kemudahan kepada Menteri dan orang kenamaan semasa lawatan rasmi ke negeri Perak.
25. menguruskan permohonan kemasukan murid bukan warga negara ke Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
26. menguruskan pencalonan penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri.
27. menguruskan khidmat nasihat kemasukan murid ke Sekolah Menengah Teknik.