PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS

Ditulis oleh MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK on . Posted in PENGURUSAN SEKOLAH

Bahagian ini :

Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan hala tuju pendidikan swasta di negeri Perak.
Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan.
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta di bawah akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan.
Mengendalikan pengurusan data dan maklumat pendidikan swasta.
Mewartakan pengawai-pengawai pendidikan di peringkat negeri dan daerah sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996.