Taraftarium24 izle
Taraftarium
istanbul nakliyat Evden eve nakliyat Nakliyat
Portal Rasmi PPD Bagan Datuk - MAJLIS BERSAMA DENGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA DENGAN BARISAN KEPIMPINAN GURU SEMPENA KONVENSYEN PENDIDIKAN DAN PERSIDANGAN TAHUNAN MAJLIS GURU BESAR (MGB) NEGERI PERAK KALI KE-30 TAHUN 2017

MAJLIS BERSAMA DENGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA DENGAN BARISAN KEPIMPINAN GURU SEMPENA KONVENSYEN PENDIDIKAN DAN PERSIDANGAN TAHUNAN MAJLIS GURU BESAR (MGB) NEGERI PERAK KALI KE-30 TAHUN 2017

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk
 
Tuan,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.
 
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa sempena Konvensyen Pendidikan Dan Persidangan Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Perak Kali Ke-30 Tahun 2017, satu majlis bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Pedana Menteri Malaysia dan Yg. Bhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan diadakan seperti ketentuan yang berikut :
 
Tarikh : 21 November 2017 (Selasa)
Tempat : Hotel Kinta Riverfront, Ipoh
Pakaian : Long Suit/ Pakaian Kerja

Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang (Sesi Pertama) 
Bersama : Yg. Bhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
 
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang (Sesi Kedua)
Bersama : YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 
3. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir bersama 4 orang pegawai PPD dari daerah tuan ke majlis tersebut. Pihak tuan juga diminta untuk memastikan supaya semua Pengetua dan Guru Besar dari daerah tuan wajib hadir bagi kedua-dua sesi yang dijalankan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Hafiz Bin Mohamad Noopiah di talian 05-5015226 / 012-5316820 dan Encik Rustam Affandy Bin Abdul Aziz di talian 012-5206681.
 
Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.
 
Sekian, terima kasih.
 
MUAT TURUN :