Taraftarium24 izle
Portal Rasmi PPD Bagan Datuk - PEMANTAUAN PERSEDIAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2018 DAERAH BAGAN DATUK

PEMANTAUAN PERSEDIAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2018 DAERAH BAGAN DATUK

Ditulis oleh PENGURUSAN SEKOLAH on . Posted in PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa pemantauan persediaan penggal persekolahan akan dilaksanakan untuk memastikan semua sekolah bersedia untuk memulakan persekolahan pada tahun 2018 tanpa sebarang isu atau masalah. Pemantauan akan dilaksanakan mulai 21 November 2017 hingga 30 November 2017.

3. Sekolah-sekolah tuan akan dilawati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk dalam tempoh tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta melengkapkan instrumen pemantauan tanpa gagal. Instrumen tersebut perlu diserahkan kepada pemantau semasa pemantauan dilaksanakan di sekolah tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan. 

Sekian terima kasih.

Attachments:
Download this file (ppd.pdf)SURAT MAKLUMAN DAN INSTRUMEN[ ]435 kB