Taraftarium24 izle
Portal Rasmi PPD Bagan Datuk - PROGRAM JOM CERIA KE SEKOLAH DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2018

PROGRAM JOM CERIA KE SEKOLAH DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2018

Ditulis oleh PENGURUSAN SEKOLAH on . Posted in PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

Dimaklumkan bahawa PPD Bagan Datuk sedang mengumpul maklumat penerima sumbangan YAB TPM yang akan diadakan pada 13 Januari 2018.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan Penolong Kanan HEM sekolah tuan untuk melengkapkan borang-borang tersebut secara atas talian di www.padlet.com/ppdbagandatuk/2018 sebelum atau pada 11 Januari 2018 (Khamis).

3. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila berhubung terus dengan En. Mohd Fahmi bin Tajuid, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPD Bagan Datuk di talian 012-506 8640. 

4. Sebarang pertanyaan mengenai pengisian maklumat penerima, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPD Bagan Datuk di talian 012-984 9601 atau Cik Norazlina binti Alias, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPD Bagan Datuk di talian 013-519 6202.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.