BENGKEL PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2018

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Penolong Kanan Pentadbiran

Semua Setiausaha PBS

SK/SJKC/SJKT/SMK/SABK/SBP Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk akan mengadakan bengkel tersebut seperti ketetapan yang berikut :

Kumpulan 1 - SJKC/SJKT/SMK/SABK/SBP

Tarikh : 22 dan 25 Januari 2018 (Isnin dan Khamis)

Masa : 9:00 pagi hingga 4:30 petang (Makan pagi bermula 7:45 pagi hingga 8:30 pagi)

Tempat : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan

Pakaian : Rasmi

Kumpulan 2 - SK

Tarikh : 29 dan 30 Januari 2018 (Isnin dan Selasa)

Masa : 9:00 pagi hingga 4:30 petang (Makan pagi bermula 7:45 pagi hingga 8:30 pagi)

Tempat : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan

Pakaian : Rasmi

3. Sehubungan dengan itu, Penolong Kanan Pentadbiran dan Setiausaha PBS di bawah seliaan tuan diwajibkan hadir ke bengkel tersebut. Pegawai tuan dikehendaki menyediakan tugasan kepada murid-murid bagi memenuhi Dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan jam kredit minimum pegawai tersebut sepanjang menghadiri bengkel tersebut.

4. Selain itu, pegawai tuan dikehendaki membawa komputer riba, penyambung wayar dan dongle/broadband bagi melancarkan bengkel tersebut.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara yang di atas, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Akademik (Sekolah Rendah) di talian 012-9849601 atau En. Noor Azri bin Mohd Nazaruddin, Penolong PPD Akademik (Sekolah Menengah) di talian 019-4814929.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Nota : Surat panggilan akan diedarkan semasa bengkel.