HEBAHAN PORTAL RASMI KURIKULUM DAERAH BAGAN DATUK (KSPK, KSSR, KSSM, PENDIDIKAN KHAS)

Ditulis oleh ADMIN PORTAL PPD BAGAN DATUK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik telah membina satu portal rasmi yang berkaitan dengan kurikulum untuk memberi kemudahan kepada semua guru dalam mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan.

3. Untuk melayari portal tersebut, sila layari https://tinyurl.com/kssrkssmbgd

4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk menyebarkan makluman ini kepada semua guru di bawah seliaan tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.