LAPORAN PELAKSANAAN DIARI AMMAS (ADDITIONAL MATHEMATICS: MASIH ADA SINAR) BIL. 1/2018

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan,

LAPORAN PELAKSANAAN DIARI AMMAS (ADDITIONAL MATHEMATICS: MASIH ADA SINAR) BIL. 1/2018

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Merujuk pada surat J.PEN.PK(AM) 1705/19/5 Jld. 3(1), semua sekolah menengah di negeri Perak WAJIB melaksanakan Diari AMMAS sebagai salah satu program intervensi di dalam meningkatkan prestasi Matematik Tambahan negeri Perak.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon Ketua Panitia Matematik sekolah tuan agar melengkapkan laporan pelaksanaan Diari AMMAS Bil. 1 secara atas talian dengan menggunakan pautan https://goo.gl/gwPABr.  Laporan tersebut hendaklah dilengkapkan sebelum 6 Julai 2018

4.     Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zahran bin Zamzuri, Penolong Pengarah Matematik (Kurikulum Menengah)di talian 05-2414000 sambungan 122

Sekian. Terima kasih.

 

Attachments:
Download this file (LAPORAN PELAKSANAAN DIARI AMMAS.pdf)LAPORAN PELAKSANAAN DIARI AMMAS.pdf[ ]43 kB