PENGUMPULAN SENARAI NAMA MURID TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS (2M) SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK TAHUN 2018

Ditulis oleh ADMIN PORTAL PPD BAGAN DATUK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

melalui dan salinan :

Guru Besar

SK/SJKC/SJKT Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak sedang mengumpulkan maklumat tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memastikan Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah tuan melengkapkan senarai nama murid tidak tahu membaca dan menulis (2M) berakhir 30 Jun 2018. Tapak tersebut boleh dimuat turun melalui 'attachment' yang di bawah.

4. Lampiran yang lengkap, hendaklah dihantar melalui e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 4 Julai 2018.

5. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Kurikulum Bahasa di talian 05-646 6436 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.