PENGUMPULAN DATA MURID KELAS PEMULIHAN BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN NEGERI PERAK TAHUN 2018

Ditulis oleh ADMIN PORTAL PPD BAGAN DATUK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Guru Besar 

SJKC dan SJKT Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

 

2. Dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang mengumpulkan data murid yang mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Melayu (KPBM) di sekolah jenis kebangsaan bagi tahun 2018. 

3. Sehubungan dengan itu, ,ohon kerjasama daripada pihak tuan untuk mengemas kini maklumat murid KPBM dengan menggunakan borang yang dilampirkan sebelum atau pada 15 Julai 2018. Maklumat yang diperlukan ialah nama murid, jantina, kaum dan jenis murid berkeperluan khas ( MBK) atau bukan murid berkeperluan khas.

4. Borang yang lengkap hendaklah die-melkan kepada En. Zoraimi bin Sharif, Penolong Pengarah Bahasa Melayu, JPN Perak di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (DATA MURID KPBM 2018.xlsx)DATA MURID KPBM 2018.xlsx[ ]4684 kB