PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP): DIALOG PRESTASI AKADEMIK KHAS MATA PELAJARAN SEJARAH DAERAH BAGAN DATUK

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Semua Pengetua

Sekolah Menengah Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

 

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP): DIALOG PRESTASI AKADEMIK KHAS  MATA PELAJARAN SEJARAH DAERAH BAGAN DATUK

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian tuan.

 

  1. Sukacita dimaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk akan mengadakan Program Dialog Prestasi Akademik Berfokus SPM 2018 bagi mata pelajaran Sejarah bersama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, seperti ketetapan di bawah:

 

Tarikh

:

24 JULAI 2018 (SELASA)

Masa

:

2:00 petang

Tempat

:

Bilik Al-Falah 6, PPD Bagan Datuk

 

  1. Sehubungan itu, PK Pentadbiran, Guru Kanan Bidang Kemanusian dan semua guru mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 diminta hadir ke program tersebut.

 

  1. Pihak sekolah diminta menyediakan Analisa Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah (PPT 2017, PAT 2017, Ujian 1 2018, PPT 2018 dan Analisis Headcount SPM 2017).

 

  1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Noor Azri bin Mohd Nazaruddin, Penolong PPD, Matematik dan Sains (M) di talian 05-646 6436 atau 019-481 4929.

 

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (DP SEJARAH.jpg)DP SEJARAH.jpg[ ]146 kB