TINDAKAN PASCA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2018

Ditulis oleh ADMIN PORTAL PPD BAGAN DATUK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Guru Besar Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan UPSR Daerah Bagan Datuk bermula pada 23 Julai hingga 26 Julai 2018 (Cadangan 1) dan 30 Julai hingga 3 Ogos 2018 (Cadangan 2) secara berasaskan sekolah dengan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang disediakan oleh JPN Perak.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memastikan semua guru tahun 6 melengkapkan markah masing-masing dan setiausaha peperiksaan sekolah untuk memproses dan mengesahkan markah-markah tersebut dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) sebelum atau pada 10 Ogos 2018.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara yang di atas, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Kurikulum Bahasa di talian 05-6464636 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.