PELAKSANAAN SISTEM e-PROPER (FASA 3 ) BAGI URUSAN PERAKUAN PERKHIDMATAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (APP) SECARA ATAS TALIAN BAGI AGENSI BERTARAF PTJ

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

PELAKSANAAN SISTEM e-PROPER (FASA 3 ) BAGI URUSAN PERAKUAN PERKHIDMATAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (APP) SECARA ATAS TALIAN BAGI AGENSI BERTARAF PTJ

Adalah dimaklumkan bahawa semua urusan seperti berikut akan dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem e-PROPER dibawah selian PPD Bagan Datuk.

-Pengesahan Pelantikan Tetap ( PPT )
-Pelanjutan Tempoh Percubaan ( PTP)
-Pengesahan Dalam Perkhidmatan ( PDP )
-Pemberian Taraf Berpencen ( PTB )

PPD Bagan Datuk selaku Pusat Tanggungjawab ( PTJ ) akan melaksanakan urusan berkenaan melalui sistem
e-PROPER berkenaan sepenuhnya. Pihak sekolah buat masa ini tidak akan menggunakan sistem e-PROPER bagi tujuan tersebut.

Pihak sekolah masih lagi diperlukan menghantar dokumen-dokumen berkenaan sepertimana yang telah ditetapkan ke PPD Bagan Datuk seperti biasa seterusnya akan diuruskan oleh mulai Peringkat Pegawai Penyedia, Pegawai Pengesah dan Pegawai Peraku di PPD Bagan Datuk.

Tedapat beberapa permohonan kepada SPP yang telah dihantar sebelum ini dipulangkan semula ke PPD Bagan Datuk untuk diuruskan melalui e-PROPER. Justeru itu perkara berkenaan akan diambil tindakan setelah SPP menyelesaikan dan memberi kebenaran beberapa perkara teknikal yang terdapat di dalam e-PROPER PPD Bagan Datuk.

Sila muat turun surat SPP berkaitan perkara tersebut dibahagian attachment untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Sila hubungi Pn. Jaliah binti Mohd Yusof (011-33134716) / En. Mohamad Fauzi bin Adnan (019-5464736), di Unit Perkhidmatan PPD Bagan Datuk untuk sebarang pertanyaan sekiranya berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (eProper.pdf)eProper.pdf[ ]1545 kB