MAKLUMAN : PENANGGUHAN PELAKSANAAN KURSUS PEDAGOGI KELAS PERALIHAN BAHASA MELAYU DAN AMALAN BAHASA MELAYU DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2018

Ditulis oleh ADMIN PORTAL PPD BAGAN DATUK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Guru Bahasa Melayu dan Amalan Bahasa Melayu

Kelas Peralihan Sekolah Menengah Daerah Bagan Datuk

 

Melalui dan salinan :

Pengetua Daerah Bagan Datuk

Yang Berkenaan

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Kursus Pedagogi Guru Bahasa Melayu dan Amalan Bahasa Melayu Kelas Peralihan Sekolah Menengah yang dijadualkan pada 29 Ogos 2018 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Unit Pengurusan Akademik PPD Bagan Datuk memohon maaf di atas penangguhan tersebut. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.