PENILAIAN KENDIRI SEKOLAH DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2018

Ditulis oleh ADMIN PORTAL PPD BAGAN DATUK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara yang di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik, PPD Bagan Datuk sedang mengumpul maklumat penilaian kendiri sekolah dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) peringkat Daerah Bagan Datuk Tahun 2018.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk melengkapkan instrumen tersebut secara atas talian di alamat URL : https://goo.gl/2BdtYa 

4. Tarikh akhir pengisian adalah pada 14 September 2018.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Kurikulum Bahasa di talian 05-6466436 atau 012-9849601 atau En. Noor Azri bin Mohd Nazaruddin, Penolong PPD Sains dan Matematik di talian 05-6466436 atau 019-4814929.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.