ANALISIS PENCAPAIAN MURID KELAS DUAL LUANGUAGE PROGRAMME (DLP) BERBANDING MURID BUKAN KELAS DLP

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Pengetua/ Guru Besar

SMK SERI PERKASA

SM SAINS TELUK INTAN

SM SAINS BAGAN DATOH

SK HUTAN MELINTANG

SK KHIR JOHARI

SK TANJONG BAYAN

SK BAGAN DATOH

 

Tuan,

ANALISIS PENCAPAIAN MURID KELAS DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) BERBANDING MURID BUKAN KELAS DLP KE ATAS SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang melaksanakan Kajian Impak Pelaksanaan DLP untuk penambahbaikan.

3. Sehubungan itu, pihak tuan diminta mengambil tindakan terhadap perkara berikut:

3.1 Memastikan sekolah melengkapkan dua borang analisis excell Kelas DLP dan Kelas Bukan DLP bagi darjah/ tingkatan yang sama.( mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Bahasa Melayu) di pautan https://tinyurl.com/datadlp2018 dan https://tinyurl.com/bukandlp2018 pada atau sebelum 21 September 2018.(Tapak ini telah diuji rintis kepada dua sekolah kohort 1 dan kohort 2 untuk kesesuaian tapak dan tempoh pengisian)

3.2 Memastikan sekolah DLP mematuhi panduan di lampiran 1 semasa melengkapkan maklumat.


4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Kamariah bt Zainnul Abiddin di talian
05-2414000/ 013- 5282785. Kerjasama dan tindakan sewajarnya daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kamariah bt Zainnul Abiddin
Penolong Pengarah (Sains),
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
No tel pej: 05-24140000 samb 111
No faks: 05-2421834
No tel h.set : 0135282785

Attachments:
Download this file (SURAT KUTIP DATA DLP 2018.pdf)SURAT KUTIP DATA DLP 2018.pdf[ ]87 kB