JEMPUTAN KE PROGRAM ENVIRONMENTAL EDUCATION & RESEARCH MOBILE EXPO 2018

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Pengetua

Sekolah Menengah Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

 

JEMPUTAN KE PROGRAM Environmental Education & Research Mobile Expo 2018

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk tindakan pihak tuan.

 

  1. Sukacita dimaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk dengan kerjasama Jabatan Sains Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Program Environmental Education & Research Mobile Expo seperti ketetapan di bawah:

                       

Tarikh

:

29 OKTOBER 2018 (ISNIN)

Masa

:

8.30 pagi – 1.00 petang

Tempat

:

BALAI UTAMA, SMK HUTAN MELINTANG

 

  1. Untuk makluman tuan, sasaran program ini adalah kepada pelajar-pelajar lepasan PT3 sekolah-sekolah Daerah Bagan Datuk. Program ini akan dijadikan sebagai aktiviti Pasca PT3 yang akan dapat menarik minat pelajar untuk memilih Aliran Sains Tulen di peringkat Menengah Atas.

 

  1. Sehubungan dengan itu, tuan dimohon membenarkan Kaunselor Sekolah dan Peserta (Pelajar Tingaktan 3 yang berpotensi mengambil Aliran Sains Tulen) hadir ke program tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Noor Azri bin Mohd Nazaruddin, Penolong PPD Sains dan Matematik (Menengah) di talian 019-4814929 atau 05-646 6436.

 

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.