PRA PENDAFTARAN CALON TINGKATAN 4 BAGI MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS (MPEI) UNTUK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2019

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Pengetua,

SMK, SBP, SMKA, SABK, SMA Negeri, Sekolah Swasta

Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Tuan/Puan,

 

PRA PENDAFTARAN CALON TINGKATAN 4 BAGI MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS (MPEI) UNTUK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2019

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa pra pendaftaran bagi Mata Pelajara Elektif Ikhtisas (MPEI) untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019 boleh dilaksanakan sekarang.

3.    Tuan dipohon untuk mendaftarkan calon SPM 2019 di sekolah tuan dalam Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Lembaga Peperiksaan (www.sppat.moe.gov.my) bagi calon yang melaksanakan atau mengikuti mata pelajaran MPEI di Tingkatan 4 pada Tahun 2018.

4.    Untuk makluman pihak tuan, tarikh akhir untuk kemasukan skor online MPEI Tingkatan 4 Tahun 2018 adalah pada 30 November 2018.

5.    Pihak tuan bolehlah memuat turun Panduan Pengisian Markah Dan Pendaftaran Calon MPEI dan MPV SPM di bahagian muat turun Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Lembaga Peperiksaan (www.sppat.moe.gov.my) atau di bahagian attachment.

Sekian, terima kasih.