SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KERAJAAN NEGERI PERAK MELALUI YAYASAN PERAK (DUN RUNGKUP DAN DUN HUTAN MELINTANG)

Ditulis oleh ADMIN PORTAL PPD BAGAN DATUK on . Posted in PENGURUSAN HEM

Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak akan menghulurkan bantuan awal persekolahan Tahun 2019 kepada 100 orang penerima DUN Rungkup dan DUN Hutan Melintang melalui Pusat Khidmat DUN masing-masing.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga penerima berkenaan untuk ke Pusat Khidmat DUN Rungkup (bagi sekolah-sekolah di bawah DUN Rungkup) dan Pusat Khidmat DUN Hutan Melintang (bagi sekolah-sekolah di bawah DUN Hutan Melintang) untuk melengkapkan borang permohonan bantuan berkenaan sebelum atau pada 23 November 2018.

4. Majlis penyerahan bantuan tersebut akan diadakan pada 22 Disember 2018 melalui Pusat Khidmat DUN Rungkup dan Hutan Melintang di Dewan Dato' Lope Hashim, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.