CERITA KEJAYAAN


K1 K2 K4 K5 K6 K7 K8 K10 K9 K11 K12 K13

URUSAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LNPT) TAHUN 2019 DALAM APLIKASI SISTEM HRMIS UNTUK ANGGOTA KUMPULAN PERKHIDMATAN (AKP) SAHAJA

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk

Tuan,

URUSAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LNPT) TAHUN 2019 DALAM APLIKASI SISTEM HRMIS UNTUK ANGGOTA KUMPULAN PERKHIDMATAN (AKP) SAHAJA

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

2. Adalah dimaklumkan bahawa semua AKP yang sedang berkhidmat perlu melaksanakan urusan LNPT di dalam Sistem HRMIS dalam modul Pengurusan Prestasi seperti surat Ruj. JPNPk. SKPP. UNP. 500-5/4/1(96) bertarikh 2 Oktober 2019.

3. Pihak tuan diminta melaksanakan urusan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan TANPA GAGAL.

4. Sebarang masalah berkaitan perkara tersebut sila berhubung dengan Pn. Jaliah binti Mohd Yusof (di Unit Perkhidmatan) PPD Bagan Datuk di talian 05-6466436.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,


HJ. SULAIMAN BIN HJ. SAMSUDIN
Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk