CERITA KEJAYAAN


K1 K2 K4 K5 K6 K7 K8 K10 K9 K11 K12 K13 61 62

PENDAFTARAN DAN PELABELAN ASET TAK ALIH KERAJAAN

Ditulis oleh PENGURUSAN PENTADBIRAN on . Posted in PENGURUSAN PEMBANGUNAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Seperti yang telah dimaklumkan dalam Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Penyelenggaraan Institusi Pendidikan dan Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-2 pada  5 - 6 Ogos 2019 yang lalu, semua premis di bawah KPM perlu mewujudkan Kad Pendaftaran Aset Tak Alih (JKR.PATA.F6/8) berdasarkan Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 - Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA). Pengwujudan Kad Pendaftaran Aset Tak Alih ini akan membolehkan Laporan Pendaftaran Premis & Maklumat Aset dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (Fasiliti) KPM.

3.         Untuk tujuan tersebut, dikemukakan seperti di lampiran ialah format Kad Pendaftaran Aset Tak Alih yang perlu dilengkapkan oleh premis di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Bahagian/Institusi masing-masing. Pihak tuan/puan hendaklah memastikan ruangan "PENGESAHAN" di dalam Kad Pendaftaran Aset Tak Alih tersebut ditandatangani oleh Pegawai Daftar & Data Fasiliti (PDF) dan Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF) yang telah dilantik sahaja dengan merujuk lampiran berkaitan dalam surat rujukan KPM.200-1/1/5 JLD.2 bertarikh 22 Februari 2017 seperti di lampiran.  Selain itu, pihak tuan/puan juga perlu memastikan ruangan "GAMBAR PREMIS" disertakan dengan foto premis bersaiz "3R".

4.         Setelah Kad Pendaftaran Aset Tak Alih dilengkapkan dan disahkan, tuan/puan perlu menyerahkan semula kad pendaftaran tersebut kepada pemilik premis dengan menggunakan format "SURAT PERAKUAN PENDAFTARAN ASET TAK ALIH" (JKR.PATA.F6/9) seperti di lampiran. Mohon perhatian tuan/puan bahawa surat perakuan tersebut hendaklah ditandatangani oleh PDF sahaja. Bersama-sama ini turut dilampirkan No. Daftar Premis Aset (DPA) yang telah dijana menerusi Sistem mySPATA untuk rujukan tuan/puan bagi melengkapkan Kad Pendaftaran Aset Tak Alih untuk premis-premis di bawah seliaan masing-masing.

5.         BPA berharap urusan pengwujudan Kad Pendaftaran Aset Tak Alih bagi premis-premis di bawah KPM akan dapat diselesaikan sebelum 25 Oktober 2019 bagi membolehkan data-data ini dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (Fasiliti) KPM. Mohon tindakan SEGERA semua menghantar laporan ini melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6.         Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut:


i)             Noorhisham bin Nazri         -           03-88846875

ii)            Haslin binti Sahak               -           03-88846877

iii)           Nur Aina Syafiqah               -           03-88849214


               
Nur Aina Syafiqah Bt Sulaiman
Seksyen Pengurusan Hartanah
Bahagian Pengurusan Aset
Kementerian Pendidikan Malaysia
No. Tel : 03 8884 6877
No. Faks : 03 8884 6893

Attachments:
Download this file (Data DPA Perak.xlsx)Data DPA Perak.xlsx[ ]7211 kB
Download this file (TPATA2012-F6-8_F6-9.docx)TPATA2012-F6-8_F6-9.docx[ ]76 kB