CERITA KEJAYAAN


K1 K2 K4 K5 K6 K7 K8 K10 K9 K11 K12 K13

PENGUMPULAN SENARAI NAMA MURID CEMERLANG UPSR TAHUN 2017 DAERAH BAGAN DATUK

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Semua Guru Besar

SK/SJKC/SJKT Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk sedang mengumpul senarai nama murid cemerlang UPSR Tahun 2017 yang mendapat keputusan 8A, 7A, 6A dan 5A untuk tindakan daripada pihak YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang selanjutnya.

3. Sehubungan dengan itu, moon kerjasama tuan untuk melengkapkan borang secara atas talian di alamat URL : https://padlet.com/ppdbagandatuk/2018 sebelum atau pada 15 Disember 2017.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak di talian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

PELAKSANAAN SUBMODAL PENGURUSAN SARAAN – FUNGSI PENYATA PERUBAHAN GAJI (KEW.8) MELALUI SISITEM HRMIS BAGI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Ditulis oleh PENGURUSAN PENTADBIRAN on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit HRMIS, JPN Perak sedang mengumpul senarai nama bagi Penyedia Kew.8(Sekolah Rendah Sahaja).

3. Sehubungan dengan itu, dimohon agar Pentadbir HRMIS sekolah untuk melengkapkan borang secara atas talian melalui laman sesawang https://padlet.com/ppdbagandatuk/2018 sebelum atau pada 12 Disember 2017.

4. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila berhubung dengan Pn. Norhasliza binti Isa, Pembantu Tadbir Kanan PPD Bagan Datuk di talian 019-5479476.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

SURAT SIARAN BILANGAN 10 TAHUN 2017 : TAKWIM PERSEKOLAHAN, HARI KELEPASAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI PERAK TAHUN 2018

Ditulis oleh PENGURUSAN SEKOLAH on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Perak telah mengedarkan surat siaran berkaitan perkara yang di atas.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk muat turun surat siaran tersebut dan dihebahkan untuk perhatian yang sewajarnya.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

PENGURUSAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) DALAM SISTEM E-PRESTASI DAN SYOR APC TAHUN 2017

Ditulis oleh PENGURUSAN PENTADBIRAN on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa JPN Perak telah mengeluarkan surat siaran berkaitan perkara yang di atas untuk makluman dan tindakan pihak tuan yang selanjutnya.

3. Sebarang pertanyaan dengan perkara yang di atas, sila berhubung terus dengan En. Khalid bin Hamzah di talian 010-3798081.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (LNPT DALAM SISTEM EPRESTASI PERAK.pdf)LNPT DALAM SISTEM EPRESTASI PERAK.pdf[ ]1032 kB