CERITA KEJAYAAN


K1 K2 K4 K5 K6 K7 K8 K10 K9 K11 K12 K13

SENARAI SEKOLAH

Ditulis oleh PENGURUSAN SEKOLAH on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

SEKOLAH RENDAH

ABAB001 SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAK SEMENANG
ABAB002 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BARU
ABAB003 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BETUL
ABAB004 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH
ABAB005 SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN PASIR
ABAB006 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SUMUN
ABAB007 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PULAU
ABAB008 SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BAYAN
ABAB009 SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN MELINTANG
ABAB010 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU
ABAB011 SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LALANG
ABAB012 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DULANG DALAM
ABAB013 SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING REBAK
ABAB014 SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK BULOH
ABAB015 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELI
ABAB016 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAMAK
ABAB017 SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERNAM
ABAB018 SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN DATOH
ABAB019 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NIPAH
ABAB020 SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG KUNDA
ABAB021 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PERGAM
ABAB022 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG TIGA
ABAB023 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BALAI
ABAB024 SEKOLAH KEBANGSAAN RUNGKUP
ABAB025 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG BAROH
ABAB026 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG DARAT
ABAB027 SEKOLAH KEBANGSAAN SELEKOH
ABAB028 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATANG
ABAB029 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI HAJI MUHAMMAD
ABAB030 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT
ABBB001 SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI
ABCB001 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YEONG SENG
ABCB002 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) POOI SENG
ABCB003 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) POOI AING
ABCB004 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KEOW MIN
ABCB005 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SIN MIN
ABCB006 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHONG SAN
ABCB007 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) HWA NAN
ABCB008 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) HUA HSIA
ABCB009 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YEE HWA
ABCB010 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SIMPANG TIGA
ABCB011 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) BAGAN PASIR LAUT
ABDB001 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BARATHI
ABDB002 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG JENDARATA 1
ABDB003 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG JENDARATA BHG 2
ABDB004 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG JENDARATA BHG 3
ABDB005 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG TELUK BULOH
ABDB006 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG JENDARATA BAHAGIAN ALPHA BERNAM
ABDB007 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG FLEMINGTON
ABDB008 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG TELUK BHARU
ABDB009 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KUALA BERNAM
ABDB010 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL & TELUGU) BAGAN DATOH
ABDB011 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG STRATHMASHIE
ABDB012 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG NEW COCONUT
ABDB013 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG ULU BERNAM 2
ABDB014 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SUNGAI SAMAK
ABDB015 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KAMATCHY
ABDB016 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) TUN SAMBANTHAN

SEKOLAH MENENGAH

AEAB001 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU BERNAM
AEAB002 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HUTAN MELINTANG
AEAB003 SEKOLAH MENENGAH SAINS TELOK INTAN
AEAB004 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERKASA
AEAB005 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RUNGKUP
AEAB006 SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH
AEEB001 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI
AEEB002 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN ABD RAZAK
AEEB003 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MUARA
AFTB001 SMA AL-ULUM AL-SYAR'IYYAH

MASALAH TEKNIKAL PORTAL PPD BAGAN DATUK

Ditulis oleh PENGURUSAN PENTADBIRAN on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

Dimaklumkan bahawa portal rasmi PPD Bagan Datuk masih dalam masalah teknikal. Pihak JPN Perak sedang dalam proses untuk menangani masalah tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dimohon untuk melayari www.ppdbagandatuk17.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai makluman terkini hingga siaran portal rasmi diumumkan nanti.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

 

KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

Ditulis oleh MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Bahagian ini :

Merancang,mengelola dan memantau hal-hal berkaitan perkhidmatan dan perjawatan,naik pangkat dan tatatertib guru dan staf sokongan.
Merancang,mengelola dan memantau hal-hal berkaitan pentadbiran,kewangan dan akaun serta stor jabatan dan sekolah.
Merancang,mengelola dan memantau hal-hal berkaitan dengan pembangunan sekolah,pembekalan perabot dan peralatan serta urusan penyelenggaraan bangunan dan peralatan.
Merancang,mengelola dan memantau hal-hal berkaitan dengan latihan / kursus / PTK untuk guru dan staf sokongan.

PPD BAGAN DATUK

Ditulis oleh MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Sejarah penubuhan pusat pentadbiran pendidikan daerah bermula pada sekitar tahun 60an. Pejabat Pengelola Sekolah-Sekolah Kebangsaan mula beroperasi pada awal 1960 yang ketika itu merupakan satu-satunya pusat pentadbiran terhadap sekolah-sekolah kebangsaan. Pada masa itu, ada antara Pejabat Pengelola Sekolah Daerah melangkaui beberapa daerah pentadbiran. Ketika itu, jawatan pegawai pendidikan selaku Ketua Pentadbir Pendidikan Daerah disebut Pegawai Pengelola Sekolah. Beliau dibantu oleh beberapa orang Penolong Pengelola.

Pada tahun 1982, berlaku penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah. Penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak ketika itu melibatkan perubahan jawatan-jawatan. Pejabat Pendidikan  Daerah diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Pendidikan (Menengah) dan seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) serta dua orang Penyelia (Menengah dan Rendah).

Seterusnya, pada tahun 1995, sekali lagi berlaku penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB). Tiga unit diwujudkan untuk membantu dan melicinkan jentera pentadbiran, iaitu Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan AKademik serta Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Khidmat Sokongan. Ekoran daripada itu, Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh tiga orang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah mengikut unit pengurusan berkenaan. Jawatan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) dikekalkan. Mulai Januari 2004, seorang Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah bidang pengurusan pembangunan dan bekalan diwujudkan.

Berkuat kuasa 16 Oktober 2017, PPD Bagan Datuk telah beroperasi sepenuhnya di bawah pentadbiran Haji Sulaiman bin Haji Samsudin. PPD Bagan Datuk beroperasi sementara di bangunan gunasama PPD Hilir Perak Cawangan, Jalan Raja, 36000 Teluk Intan, Perak. PPD Bagan Datuk menerima pegawai baharu seramai 11 orang pegawai perkhidmatan pendidikan pelbagai gred jawatan.

Visi : "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi : "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Objektif :

1. Mempertingkat Kecemerlangan Kepimpinan, pengurusan organisasi, tahap profesionalisme pengurusan pendidikan dan kualiti Pengurusan pentadbiran institusi pendidikan.
2. Memantapkan kualiti profesionalisme semua warga pendidikan secara berterusan.
3. Mempertingkat Prestasi Kecemerlangan Murid Dalam Aspek Pendidikan.
4. Melahirkan Insan Yang Cemerlang Dari Segi Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek.
5. Mempertingkat Pembangunan Prasarana Pendidikan.
6. Mempertingkat Permuafakatan Pendidikan.

Piagam Pelanggan :

Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk dengan penuh tekad dan iltizam Berjanji akan memastikan:-

1. Kesemua kanak-kanak mengikut kohot umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai hari pertama sesi persekolahan.
2. Semua sekolah mempunyai bekalan kerusi, meja dan buku teks yang mencukupi dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum sesi persekolahan bermula.
3. Semua sekolah menerima keputusan peperiksaan awam pada masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan.
5. Kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar diisi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas menerima senarai calon perakuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. Permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
7. Penempatan guru-guru ke sekolah diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah menerima senarai guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
8. Setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Surat jawapan hasil siasatan akan dikeluarkan kepada pihak pengadu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh disahkan.
9. Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari penerimaan dokumen yang lengkap.
10. Pelanggan menerima layanan mesra di Kaunter Khidmat Pelanggan dalam tempoh lima (5) minit.