LAPORAN TAHUNAN ASET ALIH KERAJAAN DAN STOK TAHUN 2018 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BAGAN DATUK

Ditulis oleh ADMIN PORTAL PPD BAGAN DATUK on . Posted in PENGURUSAN PENTADBIRAN

Pengetua/Guru Besar
SMK/SK/SJKC/SJKT
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

2. Sehubungan itu, semua Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah dikehendaki untuk mengemukakan Laporan Tahunan Aset Alih Kerajaan dan Stok di sekolah tuan sehingga 31 Disember 2018 mengikut format laporan seperti dibawah.

2.1        Laporan oleh Sekolah (PTJ) ke PPD

2.2        Laporan oleh Sekolah (Bukan PTJ) ke PPD

3. Untuk makluman pihak tuan, dalam penyediaan laporan tahunan pengisian KewPA-8, dibahagian kuantiti aset adalah mengikut bilangan aset dan bukan bilangan kad.

4. Oleh itu, pihak tuan dikehendaki mengisi semua borang dan sekiranya ada maklumat yang tidak terlibat sila hantar retan kosong “TIADA”. Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen tersebut pada atau sebelum 22 Disember 2018 ke Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk TANPA GAGAL (u/p : En. Nordin bin Sadali, Timbalan PPD Pembangunan Kemanusiaan)

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.