CERITA KEJAYAAN


K1 K2 K4 K5 K6 K7 K8 K10 K9 K11 K12 K13

MAKLUMAT PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA INGGERIS (CEFR), PULSE 2 (TINGKATAN 1) DAN SUPERMINDS (TAHUN 1) TAHUN 2018

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Sektor Pengurusan Akademik JPN PErak memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memuat turun surat berkenaan perkara di atas sebagai rujukan dan tindakan tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) DAN KEM CEMERLANG JAWI (KCJ) PROGRAM j-OAF BAGI NEGERI PERAK TAHUN 2017

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Guru Besar
Daerah Bagan Datuk
 
Tuan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.
 
2. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan. Pihak tuan dimohon untuk muat turun dokumen-dokumen tersebut untuk tindakan tuan yang seterusnya. 
 
3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi En. Mohd Khairur Rosikhan Bin M. Muridun di talian 05-241 4000 / 019-566 9676.
 
Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.
 
Sekian, terima kasih.
 
MUAT TURUN :
 

MAJLIS BERSAMA DENGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA DENGAN BARISAN KEPIMPINAN GURU SEMPENA KONVENSYEN PENDIDIKAN DAN PERSIDANGAN TAHUNAN MAJLIS GURU BESAR (MGB) NEGERI PERAK KALI KE-30 TAHUN 2017

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk
 
Tuan,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.
 
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa sempena Konvensyen Pendidikan Dan Persidangan Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Perak Kali Ke-30 Tahun 2017, satu majlis bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Pedana Menteri Malaysia dan Yg. Bhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan diadakan seperti ketentuan yang berikut :
 
Tarikh : 21 November 2017 (Selasa)
Tempat : Hotel Kinta Riverfront, Ipoh
Pakaian : Long Suit/ Pakaian Kerja

Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang (Sesi Pertama) 
Bersama : Yg. Bhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
 
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang (Sesi Kedua)
Bersama : YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 
3. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir bersama 4 orang pegawai PPD dari daerah tuan ke majlis tersebut. Pihak tuan juga diminta untuk memastikan supaya semua Pengetua dan Guru Besar dari daerah tuan wajib hadir bagi kedua-dua sesi yang dijalankan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Hafiz Bin Mohamad Noopiah di talian 05-5015226 / 012-5316820 dan Encik Rustam Affandy Bin Abdul Aziz di talian 012-5206681.
 
Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.
 
Sekian, terima kasih.
 
MUAT TURUN :
 

PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2017

Ditulis oleh PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in PENGURUSAN AKADEMIK

Semua Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Dengan ini dimaklumkan, keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2017 akan diumumkan pada 23 November 2017. Sehubungan dengan itu, tuan diminta hadir bagi menerima keputusan ini mengikut ketetapan seperti berikut : 

        Tarikh       :    23 November 2017 ( Khamis )
        Masa        :    8.00 pagi.
        Tempat     :    Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak.

3. Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak tuan boleh menghubungi En. Mustaqim Bin Derani, di talian 05-6221970 sambungan 192.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.
               
Sekian, terima kasih.