INFO UNIT : PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in INFO UNIT-UNIT

INFO UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
    
1. Senarai Tugas :  Penolong   PPD   ( Hal Ehwal Murid )    
    
Bertanggungjawab kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah  ke atas perkara-perkara berikut :    
    
1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program / aktiviti HEM meliputi aspek : Buku Teks, Asrama, Biasiswa, RMT, Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) dan kesihatan.     
2. Menyelaras hal-hal berkaitan  kaunseling , disiplin  dan kehadiran murid ke sekolah.    
3. Merancang, menyelaras, dan memantau aktiviti kokurikulum dan kokurikulum   akademik meliputi kelab, persatuan dan badan beruniform.     
4. Memantau dan menyelaras pelaksanaan pendidikan wajib sekolah selamat.    
5. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program sukan peringkat    sekolah, daerah dan negeri.     
6. Merancang dan mengurus tatacara pengurusan dan pentadbiran Unit   Pengurusan Pembangunan Manusia dari semasa ke semasa.     
7. Merancang dan membantu sekolah mempertingkatkan pengurusan dan kawalan   disiplin di peringkat sekolah dan mengemaskini maklumat Sistem Salahlaku   Disiplin Murid ( SSDM )     
8. Mengumpul maklumat Briged Komuniti yang ditubuhkan di peringkat sekolah.    
9. Merancang dan melaksana program serta aktiviti yang telah ditetapkan oleh   Majlis Pemuafakatan Jabatan Pendidikan Negeri dan Polis DiRaja Malaysia pada  peringkat daerah dan negeri.    
10. Merancang dan memastikan Skim Pinjaman Buku Teks daerah dan sekolah   dikendalikan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.     
11. Memantau dan menyelia pengurusan Rancangan Makanan Tambahan dan  Program Susu Sekolah di peringkat sekolah dan daerah dilaksanakan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.    
12. Merancang dan mengurus proses pemberian biasiswa dan bantuan kepada  murid yang terlibat di peringkat daerah dan sekolah dan mengambil tindakan   susulan yang sesuai bagi memenuhi matlamat pemberian biasiswa dan bantuan    kepada murid berkenaan.    
13.  Merancang, melaksana dan memastikan pihak sekolah dan Syarikat Takaful   memenuhi tanggungjawab dalam melaksana pengurusan polisi insuran tersebut.    
14.  Merancang dan menyelia pengurusan dan pentadbiran asrama serta mengambil tindakan susulan yang sesuai terhadap hasil penilaian.    
15.  Merancang dan menyelia tahap pengurusan kantin dan tahap pengendalian   bahan jualan yang dikendalikan oleh kantin sekolah.    
16. Merancang dan membantu sekolah di daerah membuat persediaan untuk   menyertai pertandingan Keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan ( 3K ) di Peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan.    
17.  Merancang pelaksanaan program peningkatan kawalan penyakit serta  merancang tindakan susulan.     

18.  Merancang dan melaksana Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) di    peringkat daerah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JPN Perak.    
19.  Membantu JPN Perak dalam semua hal berkaitan perancangan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Hal Ehwal Murid di peringkat sekolah dan daerah.    
 20. Mengkaji dan merancang agar pelantikan Kaunselor dan Guru Bimbingan    Kaunseling di sekolah – sekolah mencapai objektif yang ditetapkan.    
 21.  Memantau dan menyelia keberkesanan Program Pendidikan Wajib yang    dijalankan di sekolah.    
    
22.  Membantu JPN Perak dan PPD menjalankan Program Pemantauan di sekolah      menengah dan sekolah rendah di daerah.    
23.  Mengurus sebutharga kantin dan Kedai Buku sekolah di daerah.    
24.  Merancang Anggaran Belanjawan Mengurus ( ABM ) tahunan daerah.    
25.  Membuat lawatan tindak ikut dan membuat tindakan yang perlu berdasarkan    laporan Jemaah Nazir Sekolah.    
26. Melaksana tugas – tugas dan tanggungjawab lain yang diarahkan dari semasa    ke semasa    
    
2. Senarai Tugas:  Penolong   PPD   Ko Akademik/Penyelia    Kokurikulum
    
2. 1        SENARAI TUGAS UNIT KOKURIKULUM / KOAKADEMIK :    
    
2.1.1 Mengumpul dan menganalisis data-data penglibatan murid dalam semua program dan aktiviti kokurikulum peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta mengemaskinikan dari semasa ke masa.    
2.1.2 Mengurus dan mengelolakan aktiviti unit uniform, perkembangan koperasi sekolah, kokurikulum akademik dan penubuhan kelab-kelab dan persatuan dalam daerah.   

2.1.3 Membantu merancang, melaksana dan menilai program pembangunan dan kemudahan Pusat Kolurikulum sebagai tempat latihan bagi pelajar-pelajar, guru-guru dan pengurusan sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam bidang motivasi, ketahanan fizikal/lasak,ketahanan mental, kepimpinan, kemahiran dan pengurusan melalui aktiviti Pendidikan Luar.    
2.1.4 Menyediakan surat-surat yang berkaitan dengan Unit Kokurikulum yang diarahkan atau berkaitan dengan bidang  tugas mengikut budi bicara serta dalam ruang lingkup perjawatan yang dibenarkan.     
2.1.5 Bekerjasama dengan agensi luar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum setelah mendapat arahan dari Jabatan.    
2.1.6 Menghadiri atau mewakili Unit, Sektor atau Jabatan ke mesyuarat, taklimat, kursus atau seminar yang diarahkan.    
2.1.7 Merancang dan menyelaras berdasar Sasaran Kerja Tahunan bagi Unit Kokurikulum PPD.    
2.1.8 Merancang dan mengurus keperluan sesuatu mesyuarat, taklimat, penerangan, bengkel, kursus dan kajian tindakan yang dikelolakan oleh Unit Kokurikulum seperti diarahkan.    
2.1.9 Bekerjasama, membantu dan melaksanakan bersama dengan Pengerusi Teknik Kokurikulum dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun peringkat kebangsaan.    
    
2.2     TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN PERSONEL
    
Bertanggungjawab menjalankan tugas dan peranan sebagaimana diarahkan    
    
2.2.1 Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan latihan kepada guru-guru, jurulatih-jurulatih dan pelajar-pelajar    
2.2.2 Memantau dan menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, kelab dan persatuan, kokurikulum akademik,unit beruniform dan aktiviti luar di peringkat sekolah, PPD, Jabatan dan peringkat kebangsaan    
2.2.3 Memproses permohonan pelepasan guru dan pelajar yang diperlukan bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum    
2.2.4 Memantau, menyelia, menilai dan menjaga kebajikan anggota bawahan yang menjalankan tugasan atau aktiviti yang diarahkan    
2.2.5 Memastikan pegawai dan anggota bawahan di Unit Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sentiasa mengemaskini data dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum mengikut tempoh  yang ditetapkan    
2.2.6 Merancang dan menyediakan bentuk serta memberikan pengiktirafan atau penghargaan kepada guru dan pelajar serta pegawai bawahan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti kokurikulum    
2.2.7 Menghadiri majlis dan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan sebagai memberi sokongan moral dan menghargai penglibatan mereka (guru dan pelajar)    
2.2.8 Memastikan penglibatan guru, pelajar dan individu lain dalam aktiviti kokurikulum anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Perak, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah adalah mengikut peraturan dan surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa    
    
2.3     TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KEWANGAN    
    
2.3.1 Membantu merancang, mengurus dan memantu perbelanjaan peruntukan kewangan Kementerian Pendidikann Malaysia bagi unit Kokurikulum dan Pusat Kokurikulum Negeri.    
2.3.2 Membantu mengelola peruntukan kewangan bagi program dan aktiviti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bagi aktiviti perkhemahan, pertandingan-pertandingan dan program yang melibatkan unit beruniform, kelab dan persatuan dan kokurikulum akademik.    
2.3.3  Membantu dan membuat rumusan dan analisis perbelanjaan setiap program dan aktiviti kelab dan persatuan, Unit Beruniform, Motivasi,Pendidikan Luar, Kokurikulum akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.    
2.3.4  Membantu menguruskan dokumen-dokumen pembayaran kepada pembekal sesuatu program dan aktiviti supaya cepat, tepat dan mengikut tempuh sesuai serta mematuhi semua peraturan dan arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. 

   

2.4     TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM    
    
2.4.1 Menyelaras aktiviti-aktiviti Pasukan Unit Beruniform , Kelab dan Persatuan, Kokurikulum Akademik dan bidang penggalakan bagi sekolah rendah dan menengah.    
2.4.2 Membantu merancang dan mengurus serta mengawalselia setiap aktiviti Unit Kokurikulum peringkat daerah.    
2.4.3 Membantu memantau program dan aktiviti Kokurikulum peringkat sekolah dan daerah.    
2.4.4 Membantu menjalankan kajian keberkesanan Pelaksanaan Kokurikulum peringkat sekolah dan daerah.    
2.4.5 Memastikan setiap pelajar di daerah menyertai semua program dan aktiviti Kokurikulum dan Pendidikan Luar peringkat negeri dan kebangsaan.    
2.4.6 Menyelaras dan meninjau kemajuan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).    
2.4.7 Mengurus dan melaksanakan program dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan bidang Pasukan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Kokurikulum Akademik di peringkat sekolah, daerah negeri dan kebangsaan.    
2.4.8 Melaksana penyeliaan dan pemantauan program dan aktiviti Kokurikulum yang berkaitan dijalankan.    
2.4.9 Memastikan prosedur keselamatan pelanggan yang terlibat dalam setiap program dan aktiviti bidang kokurikulum di tahap yang optimum.    
    
2.5          TUGAS-TUGAS LAIN    
    
2.5.1 Mewakili Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan PPD Pengurusan Pembangunan Manusia dalam mesyuarat berkaitan, Majlis Perasmian / Penutup, program-program lain yang berkaitan dengan aktiviti kokrikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebngsaan    
2.5.2 Merancang dan melaksanakan program permuafakatan dengan agensi kerajaan (GO), agensi bukan kerajaan (NGO), badan-badan berkanun, swasta dan individu lain    
2.5.3 Terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program berkaitan dengan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah    
2.5.4 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dengan agensi luar sebagaimana yang diarahkan    
2.5.5 Menyelaraskan penglibatan pelajar dalam aktiviti sambutan dan perayaan dan pertandingan sesuatu program di peringkat daerah dan kebangsaan    
2.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pelajaran    
    
      
3. Senarai Tugas :  Penyelia HEM   ( Hal Ehwal Murid )    
       
Bertanggungjawab kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah  dan Penolong Pegawai Pendidikan  Daerah dalam membantu merancang, melaksana, dan mengambil tindakan susulan (menyelia) ke atas perkara-perkara berikut : 
    
1.  Membantu mengurus dan melaksana hal-hal kebajikan pelajar dari segi data dan surat menyurat yang meliputi aspek :

      Biasiswa, Asrama, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),  Rancangan Makanan Tambahan (RMT),  Program Susu Sekolah (PSS), Skim Baucar Tuisyen

     (SBT) ,  Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)     
    
2. Membantu mengurus dan membantu sekolah untuk  mempertingkatkan pengurusan dan kawalan disiplin (data SSDM), data Sistem Maklumat Murid (SMM) serta bimbingan  dan kaunseling.    
    
3.  Membantu mengurus dan menyelia program kesihatan seperti Bebas Denggi , Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dan kebersihan kantin dilaksanakan mengikut peraturan  dan prosedur yang telah ditetapkan.
    
4.  Membantu memantau dan menyelia tatacara pengurusan serta pelaksanaan  hal-hal  kebajikan (data RMT),  kes-kes disiplin dan salahlaku serta program kesihatan  sekolah.
    
5. Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan pertandingan-pertandingan di peringkat zon, daerah serta negeri yang meliputi aspek :
    
6. Pertandingan Forum Remaja, Karnival Kerjaya Kaunseling, Kuiz Kesihatan, 3K, BOSS, BITARA dan KASMA dan aktiviti-aktiviti agensi-agensi luar yang diarah oleh JPN dan PPD Kinta dari masa ke semasa.    
    

4.  Senarai Tugas :  Penolong PPD (Bimbingan dan Kaunseling)    
    
Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti berikut:

    
1. Pengurusan program-program Peringkat Daerah    
2. Pengurusan Penganugeraha Kecemerlangan Bimbingan dan Kaunseling    
3. Pengurusan penganjuran Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah    
4. Pengurusan Penganjuran  Program  Pameran Pendidikan dan  Kerjaya     
5. Mengenalpasti  Pelantikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa untuk perhatian pihak jabatan.
6.  Pengurusan Kursus Data Perkhidmatan 14 Minggu Guru Bimbingan Dan Kaunseling
7. Pengurusan Perbekalan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan   
8.  Pemantauan Perkhidmatan   Bimbingan dan Kaunseling
9.   Pengurusan Data Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
10. Pengurusan Program Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan
11. Pengurusan dan Pemantauan Amalan Guru Penyayang


5. Senarai Tugas : Penyelia Kanan Sukan

1. Merancang dan menyelaras semua aktiviti sukan di daerah.
2. Merancang takwim dan strategi penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat
3. Membantu Pegawai Pendidikan Daerah mengagihkan tugas dalam menjayakan aktiviti sukan diperingkat daerah dan negeri.
4. Menyediakan  anggaran dan bajet untuk pengelolaan aktiviti sukan dan keperluan peralatan sukan.
5. Menyediakan keperluan peralatan sukan yang diperlukan untuk melasanakan aktiviti sukan diperingkat daerah.
6. Menyediakan perancangan untuk keperluan sumber tenaga seperti pegawai sukan, jurulatih sukan dan bahan-bahan bacaan dan sumber rujukan.
7. Menyelaras, menyelia dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan yang melibatkan atlet daerah.
8. Mengelola dan melaksanakan Kejohanan Sukan peringkat negeri seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
9. Menilai dan membuat post-mortem setiap pencapaian dan kejayaan kegiatan sukan dan hasil penyertaan pelajar dalam pertandingan yang disertai.
10. Memastikan data dan rekod pencapaian sukan sentiasa dikemas kini dan disimpan dengan baik.
11. Menyediakan dan menyimpan laporan lengkap setiap aktiviti sukan yang disertai oleh MSSD  di peringkat Negeri.
12. Sentiasa berbincang dengan Pegawai Pendidikan Daerah untuk merancang meningkatkan kemajuan dan pencapaian sukan daerah.
13. Merekod dan menyimpan data pencapaian murid dan pasukan MSSD sebagai sumber rujukan.
14. Merancang, mengurus dan melaksana Majlis Anugerah Kokurikulum.
15. Melaksanakan pemantauan dan selia bantu.
16. Memastikan pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan berjaya dilaksanakan.  
17. Merancang dan mengelolakan kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam sukan.
18. Melengkap dan mengemas kini Pengurusan Fail Meja, Pengurusan 5S, Star Rating, Sasran Kerja Tahunan, Perancangan Strategik  dan Pemantauan ISO.
19. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa kesemasa.


6. Senarai Tugas : Penyelia  Sukan

1. Merancang dan menyelaras semua aktiviti sukan di daerah.
2. Merancang takwim dan strategi penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat
3. Membantu Pegawai Pendidikan Daerah mengagihkan tugas dalam menjayakan aktiviti sukan diperingkat daerah dan negeri.
4. Menyediakan  anggaran dan bajet untuk pengelolaan aktiviti sukan dan keperluan peralatan sukan.
5. Menyediakan keperluan peralatan sukan yang diperlukan untuk melasanakan aktiviti sukan di peringkat daerah.
6. Menyediakan peranacangan untuk keperluan sumber tenaga seperti pegawai sukan, jurulatih sukan dan bahan-bahan bacaan dan sumber rujukan.
7. Menyelaras, menyelia dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan yang melibatkan atlet daerah.
8. Mengelola dan melaksanakan Kejohanan Sukan peringkat negeri seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
9. Menilai dan membuat post-mortem setiap pencapaian dan kejayaan kegiatan sukan dan hasil penyertaan pelajar dalam pertandingan yang disertai.
10. Memastikan data dan rekod pencapaian sukan sentiasa dikemas kini dan disimpan dengan baik.
11. Menyediakan dan menyimpan laporan lengkap setiap aktiviti sukan yang disertai oleh MSSD  di peringkat negeri.
12. Sentiasa berbincang dengan Pegawai Pendidikan Daerah untuk merancang meningkatkan kemajuan dan pencapaian sukan daerah.
13. Merekod dan menyimpan data pencapaian murid dan pasukan MSSD  sebagai sumber rujukan.
14. Merancang, mengurus dan melaksana Majlis Anugerah Kokurikulum.
15. Menghadiri mesyuarat dan taklimat dari masa kesemasa.
16. Melaksanakan pemantauan dan selia bantu.
17. Memastikan pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan berjaya dilaksanakan.  
18. Merancang dan mengelolakan kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam sukan.
19. Melengkap dan mengemas kini Pengurusan Fail Meja, Pengurusan 5S, Star Rating, Sasran Kerja Tahunan, Perancangan Strategik  dan Pemantauan ISO.
20. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa kesemasa.

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png1.png1.png6.png2.png
Hari Ini880
Semalam965
Minggu Ini3742
Bulan Ini19450
Keseluruhan1011162

  • IP Anda : 54.162.241.40
Khamis, 23 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai