depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - INFO UNIT-UNIT
BANNER-2019 INTROPPD PORTALKPPD SLIDER-LUAR-NEGARA 2018-07-31_-_3_elements_in_education BANNER_15X4_KEPUTERAAN spm_stpm2019

DAFTAR PENGGUNA

MAKLUMAN TERKINI

MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN
DAERAH HILIR PERAK
DATA 30 SEPTEMBER 2019
        
SEKOLAH GURU
71 2338
        
MURID KELAS
20635 1012
        
BILANGAN SEKOLAH IKUT LOKASI BILANGAN GURU IKUT JANTINA
BANDAR 61 LELAKI 721
LUAR BANDAR 10 PEREMPUAN 1617
        
BILANGAN SEKOLAH IKUT JENIS BANTUAN BILANGAN SEKOLAH MENGIKUT SESI
SBK 25 1 SESI 63
SK 46 2 SESI 8
        
ENROLMEN MENGIKUT JANTINA
LELAKI 10282
PEREMPUAN  10353

INFO UNIT : PEMBANGUNAN & BEKALAN

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on .

INFO UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN BEKALAN

A.      PEMBANGUNAN DAN BEKALAN

1. Pengurusan Projek Pembangunan.

2. Mengendali Data Pendidikan Peringkat Daerah.

3. Membantu Jabatan Pendidikan Perak merancang pemetaan dan keperluan membangunkan sekolah.

4. Membantu Jabatan Pendidikan Perak mengawasi kerja-kerja pembangunan dan mengambil alih bangunan.

5. Menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

6. Penyediaan projek-projek di bawah Rancangan Pembangunan Infrastruktur Fizikal.

7. Penyelarasan bersama Kementerian Pendidikan, Jabatan Kerja Raya dan Agensi lain berkaitan dengan projek.

8. Pengurusan permohonan tanah untuk tapak projek sekolah dan pajakan/sewaan tanah.

9. Pengurusan maklumat Projek-projek Pendidikan

10. Pengurusan pajakan / sewaan Tanah Pendidikan


B. PENGURUSAN PENYELENGGARAAN

1. Merancang dan mengurus kajian keperluan  permohonan sekolah untuk melaksanakan penyelenggaraan ubah suai, dan naik taraf.

2. Mengurus dan melaksanakan lawatan tapak, menyiasat dan menilai kerosakan fizikal sekolah, asrama, makmal komputer, prasekolah dan rumah guru bagi menentukan

    keperluan dan kesesuaian sesuatu kerja yang perlu dibuat.

3.Merancang dan mengurus Anggaran Belanja Mengurus (ABM) serta memohon peruntukan kewangan.

4. Mengurus dan menyediakan justifikasi kerja dan anggaran kos sesuatu kerja.

5. Mengurus sebutharga kerja-kerja yang akan dilaksanakan.

6. Mengurus lawatan tapak dan memberi taklimat kepada kontraktor yang menyertai tawaran sebut harga.

7. Mengurus Jawatankuasa Pembuka Sebut harga dan Jawatankuasa Sebut harga di peringkat daerah.

8. Mengurus tawaran kepada kontraktor yang berjaya.

9. Memantau dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan ubah suai dan naik taraf mengikut spesifikasi dan butiran kerja yang ditetapkan

10. Memperakukan dan membuat penilaian kerja-kerja yang disiapkan oleh kontraktor.

11. Mengurus pembayaran kepada kontraktor

12. Mengadakan perbincangan dengan JKR untuk memperbaiki kerosakan yang melibatkan struktur bangunan, kerja elektrik dan mekanikal.

13. Mengumpul maklumat dan data untuk pembinaan sekolah baru, bangunan tambahan, bangunan gantian, asrama, rumah guru, makmal komputer dan prasekolah.

14. Mengenal pasti dan membuat kajian kesesuaian tapak projek sekolah, rumah guru, makmal komputer dan prasekolah.

15. Mengurus pengambilan tanah untuk sekolah baru dari pihak pemaju, kerajaan Negeri dan tanah individu.

16. Mengadakan perbincangan mengenai brif projek dengan pihak JKR atau agensi perlaksana.

17. Menghadiri mesyuarat tapak projek sekolah baru, bangunan gantian, bangunan tambahan, asrama,  rumah guru dan makmal komputer

18. Menyediakan laporan kemajuan projek dan keperluan tambahan serta aduan daripada pihak pengguna.

19. Memberi khidmat nasihat berkaitan prosedur kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan dari KPM.


C. PENGURUSAN BEKALAN PERABOT  & PERALATAN

1. Membuat kajian keperluan perabot dan peralatan yang  diperlukan oleh sekolah dan asrama.

2. Menyelia penghantaran dan penerimaan bekalan dan  peralatan perabot ke sekolah.

3. Menyelia pengurusan stok dan inventori bagi bekalan perabot dan peralatan disekolah dan asrama.

4. Mengurus perpindahan bekalan perabot dan peralatan yang berlebihan dari sekolah ke sekolah lain yang memerlukan.

5. Mengumpul maklumat keperluan peralatan PPSMI.

6. Memantau penghantaran PPSMI kesekolah.

7. Mengurus penyelenggaraan peralatan PPSMI oleh syarikat pembekal.

8. Mengurus aduan kehilangan peralatan PPSMI.


D. PENGURUSAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN

1. Mengurus permohonan kompleks rumah guru.

2. Memfailkan dan membuat tapisan sebelum dipanjangkan  untuk pertimbangan Jawatankuasa Pengagihan Kuarters.

3. Menghantar surat tawaran dan setuju terima kepada pemohon yang berjaya menduduki rumah guru.

4.Terima surat setuju terima dan serah kunci kepada pemohon.

5. Memberi khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi oleh penghuni rumah guru.

6. Mengurus penyelenggaraan dan pembaikan rumah guru jika ada peruntukkan.

 

E. PENGURUSAN PERKHIDMATAN KEBERSIAHAN KAWASAN dan PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA
      

1. Mengurus dan mengumpul maklumat mengenai keperluan  Perkhidmatan pembersihan bangunan sekolah dan kawalan Keselamatan swasta.

2. Bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Perak dalam menyusun dokumen tender bagi perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan

    keselamatan swasta.

3. Mengurus penjualan dokumen tender perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta.

4. Menyelia dan mengurus pembukaan tender bagi perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta.

5. Memantau dan menyelia pelaksanaan projek kebersihan kawasan sekolah dan kawalan keselamatan swasta.

6. Mengambil tindakan kepada syarikat yang melanggar  kontrak bagi projek pembersihan kawasan sekolah dan kawalan keselamatan. 

7. Menguruskan pembayaran kepada syarikat pembersihan  kawasan sekolah dan kawalan keselamatan swasta

 

F.  PENGURUSAN ASET ALIH dan TAK ALIH KERAJAAN

1. Menyelaras pengurusan semua aset alih kerajaan di bawah  kawalannya meliputi:

a. Penerimaan
b. Pendaftaran
c. Penggunaan,penyimpanan dan pemeriksaan
d. Penyelenggaraan
e. Pelupusan
f.  Kehilangan dan Hapuskira

2. Menguruskan pelantikan pegawai pemeriksa dan lembaga pemeriksa aset.

3. Menjadi urus setia kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan.

4. Menyelaras penyediaan laporan aset alih kerajaan seperti berikut:

a. Harta modal dan Inventori
b. Pemeriksaan harta modal dan inventori
c. Pelupusan aset alih kerajaan
d. Tindakan surcaj dan tatatertib

5. Melaksanakan pengurusan aset alih kerajaan berpandukan kepada:

a. Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007.
b. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Kementerian Kewangan).
c. Carta Aliran Kerja Pengurusan Aset


G. PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

1. Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Pembangunan bagi bidang OS2800 dan OS 3200 mengikut akitivit spt Menengah,  Rendah, Asrama, Pra-sekolah dan

    Pentadbiran.

2. Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua  Belanja Pembangunan mengikut prosedur dan peraturan semasa.

3. Mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat yang terpilih untuk melaksankan kerja-kerja penyelenggaraan.

4. Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

5. Mengeluarkan pembayaran bagi projek-projek kerajaan yang telah diluluskan.

6. Penyediaan laporan Prestasi Kewangan setiap bulan.

INFO UNIT : PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on .

NFO UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

1. Pengurusan Aplikasi Emis Online Daerah
2. Pengurusan e-Prestasi Daerah
3. Pengurusan Sub-NKRA Daerah
4. Pengurusan e-SPKB Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah
5. Pengurusan e-Perolehan Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah
6. Pengurusan e-Terimaan Unit Kewangan PPejabat Pendidikan Daerah
7. Pengurusan GPKI Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah
8. Pengurusan Sistem Rangkaian Dalaman
9. Pengurusan Aset ICT
10. Pengurusan pemantauan dan  penyelenggaraan Aset ICT dan 1Bestarinet
11. Pengurusan Laman Sesawang Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak
12. Bidang Umum

INFO UNIT : PENGURUSAN AKADEMIK

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on .

INFO UNIT PENGURUSAN AKADEMIK    
    
AKADEMIK    
    
1. Membuat pemantauan pengurusan kurikulum sekolah mingikut Bidang Mata Pelajaran    
2. Membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah rendah dan menengah mengikut Bidang Mata Pelajaran    
3. Merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah (UPSR, Tingkatan 3, SPM, STPM)    
4. Menguruskan dan melantik panitia mata pelajaran 
5. Menguruskan pengagihan penghulu sekolah-sekolah 
6. Berperanan melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan perkembangan pendidikan mengikut bidang Bahasa, Sains dan Matematik, Teknik dan vokasional dan Kemanusiaan.    
7. Menganalisa Headcount sekolah rendah dan menengah    
8. Menyelia dan memantau kurikulum SJKC dan SJKT     
9. Menyelaras Pengurusan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) sekolah    
10. Mengadakan post mortem Peperiksaan Dalam dan Pencapaian Peperiksaan Awam (UPSR/PT3/SPM/STPM)    
11. Melaksana Program Utama Akademik (pH3K)     
12. Urusetia Program Transformasi Daerah (Dialog Prestasi) setiap bulan    
13. Mengurus MPV Daerah    
14. Mengurus mata pelajaran PAV Daerah    
15. Mengurus program iThink di peringkat daerah    
16. Menguruskan VLE daerah     
17. Mengurus KBAT daerah    
18.Mengurus program MBMMBI daerah    
19. PROTIM    
20. Menyelaras kemasukan pelajar ke aliran agama    
21. Pemantauan kurikulum dan kokurikulum pendidikan Islam dan Moral    
22. Penempatan pertukaran guru agama    
23. Pelaksanaan Pertandingan-pertandingan berkaitan Pendidikan Islam
    
    
PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN    
    
1. Menyelaras pelaksanaan penilaian dan peperiksaan awam di bawah kelolaan Lembaga Peperiksaan Malaysia,  Majlis Peperiksaan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru  Kementerian Pelajaran Malaysia dan Peperiksaan Luar Negeri    
2. Merancang pengurusan  dan pengendalian peperiksaan di bawah kelolaan  LPM  secara telus dan adil untuk menjamin tercapainya objektif pendidikan berkualiti.    
3. Memantau, menyelia dan melaksana peperiksaan  awam akur dengan  prosedur dan tatacara pengendalian peperiksaan awam yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, MPM BPG dan Badan Luar peperiksaan luar negeri     
4. Menyediakan dan mengedarkan analisis data dan keputusan peperiksaan awam dan luar negeri kepada Ketua Unit.    
5. Menyediakan analisis maklumat ketakakuran dan cadangan penambahbaikan mengikut keutamaan tindakan berdasarkan laporan pemantauan. pengendalian peperiksaan awam    
6. Memberikan cadangan kepada Ketua Unit berkaitan tindakan kawalan berdasarkan laporan secara preventif, korektif dan punitif.      
7. Melaksana pengurusan penilaian dan peperiksaan awam di peringkat daerah    
8. Merancang pengurusan  dan pengendalian peperiksaan di bawah kelolaan  MPM BPG dan Badan Luar peperiksaan luar negeri  secara telus dan adil untuk menjamin tercapainya objektif pendidikan berkualiti.    
9. Mengetuai pengurusan PBS sekolah-sekolah di peringkat daerah.    
10 Menyelaras pelaksanaan PBS sekolah-sekolah di bawah kelolaan Lembaga Peperiksaan Malaysia, dan Majls Peperiksaan Malaysia,  Kementerian Pendidikan Malaysia    
11. Merancang pengurusan  dan pengendalian  PBS sekolah-sekolah di bawah kelolaan LPM  secara telus dan adil untuk menjamin tercapainya objektif pendidikan berkualiti.    
12. Memantau, menyelia dan melaksana PBS sekolah-sekolah supaya akur dengan  prosedur dan tatacara pengendalian PBS yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan 13. Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia    
14. Menyediakan dan mengedarkan analisis data dan keputusan PBS sekolah.    
15. Menyediakan analisis maklumat ketakakuran dan cadangan penambahbaikan mengikut keutamaan tindakan berdasarkan laporan pemantauan. pengendalian PBS sekolah menengah    

    
LINUS    
    
1. Pegawai FasiLinus bertanggungjawab kepada sekolah-sekolah di daerahnya berdasarkan nisbah 1:30.    
2. Memastikan segala maklumat berkaitan Program LINUS sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah melalui media cetak, media elektronik, taklimat/ kursus/ bengkel/ mesyuarat.    
3. Mengadakan dan menyelaras latihan-latihan on-site (di sekolah/ PKG/ premis kerajaan) kepada guru LINUS sekurang-kurangnya 18 jam setahun.    
4. Membantu pihak sekolah secara langsung dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam pengurusan instruksional.    
5. Mencerap dan membimbing pelaksanaan PdP LINUS di sekolah.   

INFO UNIT : PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on .

INFO UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
    
1. Senarai Tugas :  Penolong   PPD   ( Hal Ehwal Murid )    
    
Bertanggungjawab kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah  ke atas perkara-perkara berikut :    
    
1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program / aktiviti HEM meliputi aspek : Buku Teks, Asrama, Biasiswa, RMT, Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) dan kesihatan.     
2. Menyelaras hal-hal berkaitan  kaunseling , disiplin  dan kehadiran murid ke sekolah.    
3. Merancang, menyelaras, dan memantau aktiviti kokurikulum dan kokurikulum   akademik meliputi kelab, persatuan dan badan beruniform.     
4. Memantau dan menyelaras pelaksanaan pendidikan wajib sekolah selamat.    
5. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program sukan peringkat    sekolah, daerah dan negeri.     
6. Merancang dan mengurus tatacara pengurusan dan pentadbiran Unit   Pengurusan Pembangunan Manusia dari semasa ke semasa.     
7. Merancang dan membantu sekolah mempertingkatkan pengurusan dan kawalan   disiplin di peringkat sekolah dan mengemaskini maklumat Sistem Salahlaku   Disiplin Murid ( SSDM )     
8. Mengumpul maklumat Briged Komuniti yang ditubuhkan di peringkat sekolah.    
9. Merancang dan melaksana program serta aktiviti yang telah ditetapkan oleh   Majlis Pemuafakatan Jabatan Pendidikan Negeri dan Polis DiRaja Malaysia pada  peringkat daerah dan negeri.    
10. Merancang dan memastikan Skim Pinjaman Buku Teks daerah dan sekolah   dikendalikan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.     
11. Memantau dan menyelia pengurusan Rancangan Makanan Tambahan dan  Program Susu Sekolah di peringkat sekolah dan daerah dilaksanakan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.    
12. Merancang dan mengurus proses pemberian biasiswa dan bantuan kepada  murid yang terlibat di peringkat daerah dan sekolah dan mengambil tindakan   susulan yang sesuai bagi memenuhi matlamat pemberian biasiswa dan bantuan    kepada murid berkenaan.    
13.  Merancang, melaksana dan memastikan pihak sekolah dan Syarikat Takaful   memenuhi tanggungjawab dalam melaksana pengurusan polisi insuran tersebut.    
14.  Merancang dan menyelia pengurusan dan pentadbiran asrama serta mengambil tindakan susulan yang sesuai terhadap hasil penilaian.    
15.  Merancang dan menyelia tahap pengurusan kantin dan tahap pengendalian   bahan jualan yang dikendalikan oleh kantin sekolah.    
16. Merancang dan membantu sekolah di daerah membuat persediaan untuk   menyertai pertandingan Keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan ( 3K ) di Peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan.    
17.  Merancang pelaksanaan program peningkatan kawalan penyakit serta  merancang tindakan susulan.     

18.  Merancang dan melaksana Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) di    peringkat daerah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JPN Perak.    
19.  Membantu JPN Perak dalam semua hal berkaitan perancangan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Hal Ehwal Murid di peringkat sekolah dan daerah.    
 20. Mengkaji dan merancang agar pelantikan Kaunselor dan Guru Bimbingan    Kaunseling di sekolah – sekolah mencapai objektif yang ditetapkan.    
 21.  Memantau dan menyelia keberkesanan Program Pendidikan Wajib yang    dijalankan di sekolah.    
    
22.  Membantu JPN Perak dan PPD menjalankan Program Pemantauan di sekolah      menengah dan sekolah rendah di daerah.    
23.  Mengurus sebutharga kantin dan Kedai Buku sekolah di daerah.    
24.  Merancang Anggaran Belanjawan Mengurus ( ABM ) tahunan daerah.    
25.  Membuat lawatan tindak ikut dan membuat tindakan yang perlu berdasarkan    laporan Jemaah Nazir Sekolah.    
26. Melaksana tugas – tugas dan tanggungjawab lain yang diarahkan dari semasa    ke semasa    
    
2. Senarai Tugas:  Penolong   PPD   Ko Akademik/Penyelia    Kokurikulum
    
2. 1        SENARAI TUGAS UNIT KOKURIKULUM / KOAKADEMIK :    
    
2.1.1 Mengumpul dan menganalisis data-data penglibatan murid dalam semua program dan aktiviti kokurikulum peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta mengemaskinikan dari semasa ke masa.    
2.1.2 Mengurus dan mengelolakan aktiviti unit uniform, perkembangan koperasi sekolah, kokurikulum akademik dan penubuhan kelab-kelab dan persatuan dalam daerah.   

2.1.3 Membantu merancang, melaksana dan menilai program pembangunan dan kemudahan Pusat Kolurikulum sebagai tempat latihan bagi pelajar-pelajar, guru-guru dan pengurusan sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam bidang motivasi, ketahanan fizikal/lasak,ketahanan mental, kepimpinan, kemahiran dan pengurusan melalui aktiviti Pendidikan Luar.    
2.1.4 Menyediakan surat-surat yang berkaitan dengan Unit Kokurikulum yang diarahkan atau berkaitan dengan bidang  tugas mengikut budi bicara serta dalam ruang lingkup perjawatan yang dibenarkan.     
2.1.5 Bekerjasama dengan agensi luar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum setelah mendapat arahan dari Jabatan.    
2.1.6 Menghadiri atau mewakili Unit, Sektor atau Jabatan ke mesyuarat, taklimat, kursus atau seminar yang diarahkan.    
2.1.7 Merancang dan menyelaras berdasar Sasaran Kerja Tahunan bagi Unit Kokurikulum PPD.    
2.1.8 Merancang dan mengurus keperluan sesuatu mesyuarat, taklimat, penerangan, bengkel, kursus dan kajian tindakan yang dikelolakan oleh Unit Kokurikulum seperti diarahkan.    
2.1.9 Bekerjasama, membantu dan melaksanakan bersama dengan Pengerusi Teknik Kokurikulum dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun peringkat kebangsaan.    
    
2.2     TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN PERSONEL
    
Bertanggungjawab menjalankan tugas dan peranan sebagaimana diarahkan    
    
2.2.1 Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan latihan kepada guru-guru, jurulatih-jurulatih dan pelajar-pelajar    
2.2.2 Memantau dan menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, kelab dan persatuan, kokurikulum akademik,unit beruniform dan aktiviti luar di peringkat sekolah, PPD, Jabatan dan peringkat kebangsaan    
2.2.3 Memproses permohonan pelepasan guru dan pelajar yang diperlukan bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum    
2.2.4 Memantau, menyelia, menilai dan menjaga kebajikan anggota bawahan yang menjalankan tugasan atau aktiviti yang diarahkan    
2.2.5 Memastikan pegawai dan anggota bawahan di Unit Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sentiasa mengemaskini data dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum mengikut tempoh  yang ditetapkan    
2.2.6 Merancang dan menyediakan bentuk serta memberikan pengiktirafan atau penghargaan kepada guru dan pelajar serta pegawai bawahan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti kokurikulum    
2.2.7 Menghadiri majlis dan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan sebagai memberi sokongan moral dan menghargai penglibatan mereka (guru dan pelajar)    
2.2.8 Memastikan penglibatan guru, pelajar dan individu lain dalam aktiviti kokurikulum anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Perak, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah adalah mengikut peraturan dan surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa    
    
2.3     TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KEWANGAN    
    
2.3.1 Membantu merancang, mengurus dan memantu perbelanjaan peruntukan kewangan Kementerian Pendidikann Malaysia bagi unit Kokurikulum dan Pusat Kokurikulum Negeri.    
2.3.2 Membantu mengelola peruntukan kewangan bagi program dan aktiviti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bagi aktiviti perkhemahan, pertandingan-pertandingan dan program yang melibatkan unit beruniform, kelab dan persatuan dan kokurikulum akademik.    
2.3.3  Membantu dan membuat rumusan dan analisis perbelanjaan setiap program dan aktiviti kelab dan persatuan, Unit Beruniform, Motivasi,Pendidikan Luar, Kokurikulum akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.    
2.3.4  Membantu menguruskan dokumen-dokumen pembayaran kepada pembekal sesuatu program dan aktiviti supaya cepat, tepat dan mengikut tempuh sesuai serta mematuhi semua peraturan dan arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. 

   

2.4     TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM    
    
2.4.1 Menyelaras aktiviti-aktiviti Pasukan Unit Beruniform , Kelab dan Persatuan, Kokurikulum Akademik dan bidang penggalakan bagi sekolah rendah dan menengah.    
2.4.2 Membantu merancang dan mengurus serta mengawalselia setiap aktiviti Unit Kokurikulum peringkat daerah.    
2.4.3 Membantu memantau program dan aktiviti Kokurikulum peringkat sekolah dan daerah.    
2.4.4 Membantu menjalankan kajian keberkesanan Pelaksanaan Kokurikulum peringkat sekolah dan daerah.    
2.4.5 Memastikan setiap pelajar di daerah menyertai semua program dan aktiviti Kokurikulum dan Pendidikan Luar peringkat negeri dan kebangsaan.    
2.4.6 Menyelaras dan meninjau kemajuan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).    
2.4.7 Mengurus dan melaksanakan program dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan bidang Pasukan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Kokurikulum Akademik di peringkat sekolah, daerah negeri dan kebangsaan.    
2.4.8 Melaksana penyeliaan dan pemantauan program dan aktiviti Kokurikulum yang berkaitan dijalankan.    
2.4.9 Memastikan prosedur keselamatan pelanggan yang terlibat dalam setiap program dan aktiviti bidang kokurikulum di tahap yang optimum.    
    
2.5          TUGAS-TUGAS LAIN    
    
2.5.1 Mewakili Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan PPD Pengurusan Pembangunan Manusia dalam mesyuarat berkaitan, Majlis Perasmian / Penutup, program-program lain yang berkaitan dengan aktiviti kokrikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebngsaan    
2.5.2 Merancang dan melaksanakan program permuafakatan dengan agensi kerajaan (GO), agensi bukan kerajaan (NGO), badan-badan berkanun, swasta dan individu lain    
2.5.3 Terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program berkaitan dengan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah    
2.5.4 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dengan agensi luar sebagaimana yang diarahkan    
2.5.5 Menyelaraskan penglibatan pelajar dalam aktiviti sambutan dan perayaan dan pertandingan sesuatu program di peringkat daerah dan kebangsaan    
2.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pelajaran    
    
      
3. Senarai Tugas :  Penyelia HEM   ( Hal Ehwal Murid )    
       
Bertanggungjawab kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah  dan Penolong Pegawai Pendidikan  Daerah dalam membantu merancang, melaksana, dan mengambil tindakan susulan (menyelia) ke atas perkara-perkara berikut : 
    
1.  Membantu mengurus dan melaksana hal-hal kebajikan pelajar dari segi data dan surat menyurat yang meliputi aspek :

      Biasiswa, Asrama, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),  Rancangan Makanan Tambahan (RMT),  Program Susu Sekolah (PSS), Skim Baucar Tuisyen

     (SBT) ,  Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)     
    
2. Membantu mengurus dan membantu sekolah untuk  mempertingkatkan pengurusan dan kawalan disiplin (data SSDM), data Sistem Maklumat Murid (SMM) serta bimbingan  dan kaunseling.    
    
3.  Membantu mengurus dan menyelia program kesihatan seperti Bebas Denggi , Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dan kebersihan kantin dilaksanakan mengikut peraturan  dan prosedur yang telah ditetapkan.
    
4.  Membantu memantau dan menyelia tatacara pengurusan serta pelaksanaan  hal-hal  kebajikan (data RMT),  kes-kes disiplin dan salahlaku serta program kesihatan  sekolah.
    
5. Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan pertandingan-pertandingan di peringkat zon, daerah serta negeri yang meliputi aspek :
    
6. Pertandingan Forum Remaja, Karnival Kerjaya Kaunseling, Kuiz Kesihatan, 3K, BOSS, BITARA dan KASMA dan aktiviti-aktiviti agensi-agensi luar yang diarah oleh JPN dan PPD Kinta dari masa ke semasa.    
    

4.  Senarai Tugas :  Penolong PPD (Bimbingan dan Kaunseling)    
    
Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti berikut:

    
1. Pengurusan program-program Peringkat Daerah    
2. Pengurusan Penganugeraha Kecemerlangan Bimbingan dan Kaunseling    
3. Pengurusan penganjuran Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah    
4. Pengurusan Penganjuran  Program  Pameran Pendidikan dan  Kerjaya     
5. Mengenalpasti  Pelantikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa untuk perhatian pihak jabatan.
6.  Pengurusan Kursus Data Perkhidmatan 14 Minggu Guru Bimbingan Dan Kaunseling
7. Pengurusan Perbekalan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan   
8.  Pemantauan Perkhidmatan   Bimbingan dan Kaunseling
9.   Pengurusan Data Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
10. Pengurusan Program Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan
11. Pengurusan dan Pemantauan Amalan Guru Penyayang


5. Senarai Tugas : Penyelia Kanan Sukan

1. Merancang dan menyelaras semua aktiviti sukan di daerah.
2. Merancang takwim dan strategi penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat
3. Membantu Pegawai Pendidikan Daerah mengagihkan tugas dalam menjayakan aktiviti sukan diperingkat daerah dan negeri.
4. Menyediakan  anggaran dan bajet untuk pengelolaan aktiviti sukan dan keperluan peralatan sukan.
5. Menyediakan keperluan peralatan sukan yang diperlukan untuk melasanakan aktiviti sukan diperingkat daerah.
6. Menyediakan perancangan untuk keperluan sumber tenaga seperti pegawai sukan, jurulatih sukan dan bahan-bahan bacaan dan sumber rujukan.
7. Menyelaras, menyelia dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan yang melibatkan atlet daerah.
8. Mengelola dan melaksanakan Kejohanan Sukan peringkat negeri seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
9. Menilai dan membuat post-mortem setiap pencapaian dan kejayaan kegiatan sukan dan hasil penyertaan pelajar dalam pertandingan yang disertai.
10. Memastikan data dan rekod pencapaian sukan sentiasa dikemas kini dan disimpan dengan baik.
11. Menyediakan dan menyimpan laporan lengkap setiap aktiviti sukan yang disertai oleh MSSD  di peringkat Negeri.
12. Sentiasa berbincang dengan Pegawai Pendidikan Daerah untuk merancang meningkatkan kemajuan dan pencapaian sukan daerah.
13. Merekod dan menyimpan data pencapaian murid dan pasukan MSSD sebagai sumber rujukan.
14. Merancang, mengurus dan melaksana Majlis Anugerah Kokurikulum.
15. Melaksanakan pemantauan dan selia bantu.
16. Memastikan pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan berjaya dilaksanakan.  
17. Merancang dan mengelolakan kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam sukan.
18. Melengkap dan mengemas kini Pengurusan Fail Meja, Pengurusan 5S, Star Rating, Sasran Kerja Tahunan, Perancangan Strategik  dan Pemantauan ISO.
19. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa kesemasa.


6. Senarai Tugas : Penyelia  Sukan

1. Merancang dan menyelaras semua aktiviti sukan di daerah.
2. Merancang takwim dan strategi penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat
3. Membantu Pegawai Pendidikan Daerah mengagihkan tugas dalam menjayakan aktiviti sukan diperingkat daerah dan negeri.
4. Menyediakan  anggaran dan bajet untuk pengelolaan aktiviti sukan dan keperluan peralatan sukan.
5. Menyediakan keperluan peralatan sukan yang diperlukan untuk melasanakan aktiviti sukan di peringkat daerah.
6. Menyediakan peranacangan untuk keperluan sumber tenaga seperti pegawai sukan, jurulatih sukan dan bahan-bahan bacaan dan sumber rujukan.
7. Menyelaras, menyelia dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan yang melibatkan atlet daerah.
8. Mengelola dan melaksanakan Kejohanan Sukan peringkat negeri seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
9. Menilai dan membuat post-mortem setiap pencapaian dan kejayaan kegiatan sukan dan hasil penyertaan pelajar dalam pertandingan yang disertai.
10. Memastikan data dan rekod pencapaian sukan sentiasa dikemas kini dan disimpan dengan baik.
11. Menyediakan dan menyimpan laporan lengkap setiap aktiviti sukan yang disertai oleh MSSD  di peringkat negeri.
12. Sentiasa berbincang dengan Pegawai Pendidikan Daerah untuk merancang meningkatkan kemajuan dan pencapaian sukan daerah.
13. Merekod dan menyimpan data pencapaian murid dan pasukan MSSD  sebagai sumber rujukan.
14. Merancang, mengurus dan melaksana Majlis Anugerah Kokurikulum.
15. Menghadiri mesyuarat dan taklimat dari masa kesemasa.
16. Melaksanakan pemantauan dan selia bantu.
17. Memastikan pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan berjaya dilaksanakan.  
18. Merancang dan mengelolakan kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam sukan.
19. Melengkap dan mengemas kini Pengurusan Fail Meja, Pengurusan 5S, Star Rating, Sasran Kerja Tahunan, Perancangan Strategik  dan Pemantauan ISO.
20. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa kesemasa.

INFO UNIT : PENGURUSAN SEKOLAH

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on .

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH   
    
1. PENGURUSAN  GURU    
     
1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah dan menengah dan institusi pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD    
2. Penempatan dan pertukaran guru dalam daerah    
3. Mengurus temuduga, lantikan dan penempatan guru ganti     
4. Panel pergerakan guru dan pegawai    
5. Mengurus pelantikan pentadbir sekolah    
6. Kelulusan cuti PGB    
7. Mengurus guru melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama, sarjana dan PHD    
8. Mengurus pemantauan persediaan akhir tahun dan awal tahun sekolah    
9. Menyelaras anugerah khas di peringkat KPM, JPN dan PPD    
10. Khidmat kaunseling kepada pegawai dan kakitangan pendidikan daerah    
11. Pengurusan waran guru    
12. Pengurusan portal PPD    
13. LNPT    
14. 1Bestarinet    
15. Sekolah swasta    
16. SK Pendidikan Khas    
17. Menyelia keselamatan dalam sistem maklumat PPD    
18. Menyediakan khidmat sokongan perkakasan dan perisian komputer di peringkat PPD    
19. Memastikan akta / peraturan / pekeliling kerajaan, perkhidmatan awam dan Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi oleh sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan  Kerajaan.    
20. Memproses kebenaran membuat kajian / penyelidikan / praktikum di sekolah    
21. Pengurusan Aduan : aduan dalaman, staf, pelanggan, awam, Biro Pengaduan Awam (BPA)    
22. Mengurus pendaftaran lencana / bendera / logo sekolah    
23. Memproses pendaftaran dan pemantauan pengurusan PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS)    
24. Memproses kebenaran mengutip sumbangan PIBG    
25. Memproses kebenaran mengutip bayaran majalah sekolah    
26. Memproses kebenaran mengutip derma (Jogathon, Makan Malam, Hari Kantin)    
27. Memproses permohonan cuti sekolah (Cuti Peristiwa, Cuti Berganti)    
28. Memproses permohonan promosi oleh individu / agensi kerajaan / swasta    
29. Membantu Urusetia Jawatankuasa Bencana Alam    
    
    
2. PENGURUSAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH    

1. Penempatan dan kemasukan murid di daerah    
2. Pendaftaran kemasukan murid asing    
3. Mengurus kebenaran mengutip derma    
4. Mengurus penempatan murid ke Kelas Rancangan Khas (KRK)    
5. Memproses pendaftaran murid Bukan Warganegara (MBWN) bersekolah di Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan    
6. Memproses pendaftaran murid pulang dari luar negara 

 

   
    
3. PENDIDIKAN PRASEKOLAH    
  
1. Data dan Maklumat Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dam Prasekolah    
2. Hal Ehwal Personal Pengurusan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah    
3. Pelaksanaan dan Peluasan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah    
4. Penyelarasan Pelaksanaan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak dan prasekolah Periongkat JPN dan Agensi Luar    
5. Pengurusan Am

 

    
    
4. PEMBANGUNAN PROFESIONAL DAN LATIHAN    
   
1. Mengurus dan mengendalikan Kursus & Latihan Personal PPD.  
2. Membantu JPN mengurus dan mengendalikan Kursus-kursus Jangka Panjang dan Kursus Jangka Pendek Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.   
3. Mengurus dan mengendalikan waran peruntukan untuk latihan dan perkembangan staf dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

  
    
5. KAUNSELING DAN PSIKOLOGI    
     
    
1. Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, khidmat perundangan dan intervensi krisis.   
2. Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan kendiri/kerjaya, intervensi krisis.   
3. Melaksanakan pemantauan klien.   
4. Melaksanakan program pembangunan insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.   
5. Menjalankan program pembangunan modal insan.   
6. Melaksanakan dasar dan polisi berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dijalankan di peringkat PPD.   
    
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN    
    
1. Perkhidmatan kaunseling    
2. Perkhidmatan peningkatan kemahiran kaunseling    
3. Program ujian psikologi dan inventori kaunseling 
4. Program pencegahan dan pembangunan diri 

 

   
    
6. PENGURUSAN KUALITI    

1. Meningkatkan perkhidmatan khidmat nasihat pengurusan kualiti ke tahap yang tertinggi.   
2. Memastikan semua pegawai dan kakitangan sentiasa efisien, cekap dan bertindak secara professional semasa member perkhidmatan kepada pelanggan.   
3. Menyelaraskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2008.   
4. Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengendaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti Jabatan Pendidikan Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah.  
5. Menyelaras pembangunan program dan aktiviti system pengurusan perkhidmatan berkualiti dan dasar pelajaran semasa.   
6. Memberi bimbingan secara berterusan untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara profesionallisme.  
7. Mengekalkan dan meningkatkan lagi mutu kepimpinan instruksional.   
8. Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.   
    
    
7. PENDIDIKAN KHAS    
    
1. Merancang dan  mengurus penempatan dan pertukaran murid ke program pendidikan dan pemulihan khas.   
2. Merancang dan mengurus penempatan dan pertukaran guru program pendidikan dan pemulihan khas.   
3. Merancang, mengurus dan melapor pemantauan Unit Pengurusan Sekolah.   
4. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan kursus-kursus Unit Pengurusan Sekolah dalam aspek pendidikan dan pemulihan khas.   
5. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan program dan aktiviti Unit Pengurusan Sekolah dalam aspek pendidikan dan pemulihan khas.   
6. Melaksanakan tugas-tugas umum yang diarahkan dari masa ke masa oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah.    
    
    
8. PERHUBUNGAN    

1. Merancang, melaksana dan melapor pengurusan aduan pelanggan.    
2. Merancang, melaksana dan melapor pengurusan hal ehwal persekolahan.    
3. Merancang, melaksana dan melapor pengurusan protokol.   
4. Merancang, mengurus dan melapor pemantauan Unit Pengurusan Sekolah.   
5. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan kursus-kursus Unit Pengurusan Sekolah.   
6. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan program dan aktiviti Unit Pengurusan Sekolah.   
7. Melaksanakan tugas-tugas umum yang diarahkan dari masa ke masa olehPegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah.   
    


9. PENDIDIKAN SWASTA    
    
1. Mengurus  pendaftaran penubuhan  Institut Pendidikan Swasta (IPS).     
2. Merancang dan mengurus pemantauan Institusi Pendidikan Swasta.   
3. Merancang dan mengurus  kursus-kursus pengurusan peringkat Institusi Pendidikan Swasta.   
4. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan program dan aktiviti Unit Pengurusan Sekolah.   
5. Melaksanakan tugas-tugas umum yang diarahkan dari masa ke masa oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah.   

Statistik Pengunjung

1.png5.png0.png7.png3.png6.png3.png
Hari Ini877
Semalam1140
Minggu Ini5606
Bulan Ini21830
Keseluruhan1507363

  • IP Anda : 3.92.92.168
Jumaat, 22 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai