depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK
BANNER-2019 INTROPPD PORTALKPPD SLIDER-LUAR-NEGARA 2018-07-31_-_3_elements_in_education BANNER_15X4_KEPUTERAAN spm_stpm2019

DAFTAR PENGGUNA

MAKLUMAN TERKINI

MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN
DAERAH HILIR PERAK
DATA 30 SEPTEMBER 2019
        
SEKOLAH GURU
71 2338
        
MURID KELAS
20635 1012
        
BILANGAN SEKOLAH IKUT LOKASI BILANGAN GURU IKUT JANTINA
BANDAR 61 LELAKI 721
LUAR BANDAR 10 PEREMPUAN 1617
        
BILANGAN SEKOLAH IKUT JENIS BANTUAN BILANGAN SEKOLAH MENGIKUT SESI
SBK 25 1 SESI 63
SK 46 2 SESI 8
        
ENROLMEN MENGIKUT JANTINA
LELAKI 10282
PEREMPUAN  10353

PERUTUSAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

on .

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah nikmat kurniaNya, kita masih dapat berada dalam tahun 2019 yang semakin mencabar terutamanya dalam bidang pendidikan.

 

            Terlebih dahulu suka saya titipkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2019 pada semua warga pendidikan di daerah Hilir Perak. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga pendidikan di daerah ini kerana telah bekerja dengan cemerlang dan ikhlas sepanjang tahun 2018. Sesungguhnya di atas bahu tuan-tuan dan puan-puanlah terletaknya amanah negara yang berat dalam memastikan kemenjadian modal insan yang bakal mewarisi dan sebagai penggerak kepada pembangunan kemajuan negara. Teras Kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia ke-9 menegaskan bahawa kejayaan negara bergantung kepada mutu insan yang dimiliki.

 

            Sehubungan dengan itu, antara cabaran dunia pendidikan masa kini seperti perubahan pengetahuan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Dalam erti kata lain, kita mestilah berani untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan secara berterusan dalam menjana kecemerlangan pendidikan negara.

 

            Pembelajaran sepanjang hayat berperanan dalam menggilap kemampuan dan mencapai kegemilangan. Pembelajaran ini dikenal pasti melalui konsep pekerjaan, pemerkasaan dan keseronokan dalam mencetus fenomena budaya kerja berkualiti. Justeru, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak pada tahun 2016 ini berhasrat untuk “Memperkasa Peranan dan Fungsi Panitia Mata Pelajaran” bagi merealisasikan hasrat Hilir Perak Nombor 1.

 

            Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Guru Besar mesti digarap secara bermakna lagi berkesan untuk memastikan transformasi pendidikan di negara kita mampu bersaing di pentas global. Pengetua dan Guru Besar mestilah menjadi suri teladan kepada warga sekolah masing-masing. Anak didik mesti diberi ruang dan peluang yang saksama bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Amanah inilah yang terpikul di bahu setiap warga pendidik untuk memastikan agar sifar gagal dalam setiap mata pelajaran menjadi kenyataan.

 

            Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bakal membuahkan hasil jika setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan utama dalam kemenjadian murid. Proses pencarian ilmu patut dijadikan seperti penerokaan yang tidak bernoktah sekali gus mampu memberikan impak yang besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf kompetensi tenaga pendidik dan murid di negara ini dan khususnya di Hilir Perak.

 

            Saya juga berdoa agar segala usaha murni untuk merealisasikan hasrat Hilir Perak Nombor 1 sebagai suatu budaya kerja yang cemerlang menjadi contoh terbaik buat semua warga pendidikan di Hilir Perak. Bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi pada hari ini mampu membentuk jiwa yang luhur dalam kehidupan ukhrawi dan duniawi.

 

            Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2018 kepada semua warga pendidikan di daerah Hilir Perak dan doa saya agar pada tahun ini kita sama-sama memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang yang kita ceburi.

 

Sekian. Terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png5.png0.png7.png3.png6.png1.png
Hari Ini875
Semalam1140
Minggu Ini5604
Bulan Ini21828
Keseluruhan1507361

  • IP Anda : 3.92.92.168
Jumaat, 22 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai