depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - KEM CEMERLANG JAWI DAN KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK

KEM CEMERLANG JAWI DAN KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Daerah Hilir Perak

Tuan,

KEM CEMERLANG JAWI DAN KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK.

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak telah menyalurkan waran peruntukan ke Daerah Hilir Perak bagi sasaran murid yang belum mencapai sasaran berdasarkan e-pelaporan j-Qaf bulan Jun. Kem tersebut akan diadakan mengikut ketentuan berikut:

Perkara Tarikh/ Hari Tempat
Kem Cemerlang Jawi  02 Oktober 2018 (Selasa) Pusat Latihan Pertanian Degong
Kem Bestari Solat 03 Oktober 2018 (Rabu) Pusat Latihan Pertanian Degong

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama sekolah menguruskan perjalanan pergi dan balik murid serta perkara yang berkaitan. Peserta juga dikehendaki membawa alat tulis dan peralatan solat.

4. Bersama ini dilampirkan bersama guru yang telah dilantik menjadi FASILITATOR bagi program ini. Sila pastikan jam kredit pegawai mencukupi mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.8 dan 9 Tahun 2016 sebelum meninggalkan PdPc. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dirujuk kepada Pn Masliza Binti Mansor, Penyelia Pendidikan Islam di talian 0174827746.

Kerjasama tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png5.png9.png3.png3.png
Hari Ini52
Semalam651
Minggu Ini52
Bulan Ini18846
Keseluruhan1475933

  • IP Anda : 3.228.24.192
Isnin, 21 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  15 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  14 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  24 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  14 hari
 MUET (3)  12 hari  SPM (Ulangan) Selesai