depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - MESYUARAT PANITIA DAERAH PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH BIL 1/2019

MESYUARAT PANITIA DAERAH PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH BIL 1/2019

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Guru Besar SJKC /SJKT Yang Berkenaan
Daerah Hilir Perak

Tuan,

MESYUARAT PANITIA DAERAH PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH BIL 1/2019

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, mesyuarat tersebut adalah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Februari 2019 (Selasa )
Tempat : Dewan Cempaka, PPD Hilir Perak
Masa : 2.30 petang
Agenda mesyuarat :i.Ucapan Pengerusi
ii.Ucapan Wakil PPD
iii.Pembentangan e-Pelaporan j-Qaf dan SPITR 2018.
iv.Perbincangan Program Kecemerlangan Panitia
v.Hal-hal lain

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta membenarkan Ketua Panitia Pendidikan Islam untuk hadir ke taklimat tersebut. Bersama-sama ini disertakan surat-surat berkenaan untuk tindakan tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dirujuk kepada Pn.Masliza Bt. Mansor - Penyelia Pendidikan Islam di talian 017-4827746.

Kerjasama dan jasa baik tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.