JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK DAN BAGAN DATUK TAHUN 2017

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in PKG & BTPN

Pengetua / Guru Besar
 Sekolah Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk
(Seperti nama di Lampiran A)

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH  DAERAH HILIR PERAK DAN BAGAN DATUK TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk Tahun 2017 seperti ketetapan berikut :  

    Tarikh    :    1 November 2017(Rabu)
    Masa      :    1.45 petang
    Tempat  :    Dewan SMK Abdul Rahman Talib
                      Batu 4, Jalan Changkat Jong
                      36000 Teluk Intan

3.    Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir dalam majlis tersebut bagi memeriahkan majlis serta sama-sama memberi semangat dan penghargaan kepada penerima-penerima anugerah.

4.    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Mat Rahim bin Affandi, Pengetua SMK Rungkup merangkap Pengerusi Persatuan PSS Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk di talian 019-4463440.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png1.png3.png8.png6.png2.png0.png
Hari Ini208
Semalam508
Minggu Ini1742
Bulan Ini5643
Keseluruhan1138620

  • IP Anda : 54.225.31.188
Jumaat, 22 Jun 2018

Peperiksaan

 Ujian Pelbagai PT3 (Sejarah)  Selesai  UPSR  90 hari
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  16 hari  STAM Bertulis  116 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  144 hari
 PT3 (Bertulis)  108 hari  STPM (1)  153 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  29 hari  STPM (3)  144 hari
 MUET (3)  160 hari  SPM (Ulangan) Berjalan