depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH PEMBESTARIAN DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2018

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH PEMBESTARIAN DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2018

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in PKG & BTPN

Pengarah,Pengetua dan Guru Besar,    
Kolej Vokasional/SMK/SMJK/SK/SJK(C)/SJK(T) Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak.
 
(Seperti nama dilampiran ).
                         
Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH PEMBESTARIAN DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2018

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Dimaklumkan bahawa Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Daerah Hilir Perak 2018 seperti ketetapan berikut:

Tarikh    :    22 Oktober 2018 (Isnin)    
Masa    :    1.45 petang
Tempat    :    Dewan SMK  Sultan Abdullah,
        Batu 11 ½ Jalan Chenderong Balai
        36600 Chenderong Balai

3.    Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir dalam majlis tersebut bagi memeriahkan majlis serta sama-sama memberi semangat dan penghargaan kepada penerima-penerima anugerah.

4.   Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn.Sanafiza binti Salim Pengetua SMK Seri Perak  merangkap Pengerusi Persatuan Pusat Sumber Sekolah  Daerah Hilir Perak di talian 019-5780069 atau Pn.Afipah Bibi binti Abdullah (Setiusaha) Majlis Anugerah Pembestarian Daerah Hilir Perak di talian 05-6592258 @ 011-11464961.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

Attachments:
Download this file (gpb.pdf)gpb.pdf[ ]17 kB
Download this file (gpm.pdf)gpm.pdf[ ]229 kB
Download this file (LH PPD 2.pdf)LH PPD 2.pdf[ ]287 kB
Download this file (PGB.pdf)PGB.pdf[ ]159 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png2.png2.png
Hari Ini822
Semalam1061
Minggu Ini5935
Bulan Ini17635
Keseluruhan1474722

  • IP Anda : 3.227.233.78
Jumaat, 18 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Berjalan  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  18 hari  STAM Bertulis  3 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  17 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  27 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  17 hari
 MUET (3)  15 hari  SPM (Ulangan) Selesai