BENGKEL VERIFIKASI DATA MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS/ EMISONLINE)

Ditulis oleh Shahrir Hadi on . Posted in UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Tuan,

BENGKEL VERIFIKASI DATA MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS/ EMISONLINE) DI BAWAH INISIATIF  PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK DAN BAGAN DATUK TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan , di bawah Inisiatif #43, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, bengkel verifikasi data Modul Pengurusan Sekolah (MPS/ EMISOnline) bagi tujuan memastikan data-data sekolah adalah tepat, berkualiti, terkini dan sahih, yang melibatkan semua sekolah di bawah pentadbiran ini akan dilaksanakan seperti ketentuan berikut:

       Tarikh :    10 OKTOBER 2017 (HILIR PERAK)
                      11 OKTOBER 2017 (BAGAN DATUK)
       Masa :    8.00 pagi hingga 5.00 petang
       Tempat :    Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak

3.    Sehubungan dengan itu, dipohon semua Guru Data dan Maklumat (GDM) sekolah tuan hadir tanpa wakil ke bengkel dinyatakan seperti di atas dengan membawa bersama perkara berikut:

    3.1     Laporan / Cetakan Semak Ralat Data terkini yang telah disahkan.
    3.2     Data MPS/ EMISOnline (emeis5.zip) terkini.
    3.3    Komputer riba yang telah diinstall Utiliti Semak Ralat versi 3.5.4.
    3.4    Fail Pengurusan SPS, MPS dan Fail Meja (rujuk surat JPN bertarikh 14 Jun 2017) yang telah diemelkan ke semua sekolah pada 16 Jun 2017.
    3.5    Salinan pelan sekolah yang mengandungi kedudukan bangunan.
    3.6    Salinan maklumat berkaitan hak milik tanah/ geran tanah sekolah.
    3.7    Kemudahan internet Dongle YES/ Altitude Smartphone (jika ada).
    3.8    Borang tuntutan perjalanan yang lengkap.

4.    Bersama ini disertakan jadual perbengkelan. Sepanjang sesi perbengkelan ini, kemudahan makan disediakan. Pihak tuan boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa masa kini. Borang tuntutan yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada pihak Urus Setia di hari perbengkelan.

5.    Sila pastikan Guru Data telah menyediakan latihan dan kerja-kerja yang berkaitan untuk diberikan kepada pelajar semasa datang berkursus nanti.

6.    Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Encik Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi, Penyelia ICT, Unit Pengurusan Maklumat (ICT), Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian 05-6221970 samb. 203

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (kursus TELUK INTAN 2017.pdf)kursus TELUK INTAN 2017.pdf[ ]778 kB
Download this file (kursus BAGAN DATUK 2017.pdf)kursus BAGAN DATUK 2017.pdf[ ]778 kB

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png1.png1.png6.png1.png
Hari Ini879
Semalam965
Minggu Ini3741
Bulan Ini19449
Keseluruhan1011161

  • IP Anda : 54.162.241.40
Khamis, 23 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai