depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - TAKLIMAT PROGRAM KHIDMAT BANTU JURUTEKNIK KOMPUTER RAKAN SEKOLAH KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH KHIDMAT BANTU BAGI TAHUN 2019 

TAKLIMAT PROGRAM KHIDMAT BANTU JURUTEKNIK KOMPUTER RAKAN SEKOLAH KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH KHIDMAT BANTU BAGI TAHUN 2019 

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Senarai Edaran
(Seperti Lampiran A)

Tuan,

TAKLIMAT PROGRAM KHIDMAT BANTU JURUTEKNIK KOMPUTER RAKAN SEKOLAH KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH KHIDMAT BANTU BAGI TAHUN 2019 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan.

2.    Sukacita dimaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak (Unit ICT) akan mengadakan suatu taklimat kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang terlibat dalam khidmat bantu seperti ketetapan berikut:

         Tarikh      :   11 April 2019 (Khamis)           
          Masa      :   2.00 hingga 5.00 petang 
          Tempat     :   Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak

3.    Sehubungan dengan itu diharap pihak tuan dapat membenarkan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat / Juruteknik Komputer Sekolah tuan seperti di Lampiran A hadir membantu pengendalian khidmat bantu tersebut

4.    Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Encik Shahul Hamid bin Abdul Muthalif di talian 05-6221970. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.
 

Attachments:
Download this file (JTKRS.pdf)JTKRS.pdf[ ]104 kB
Download this file (JTKRS LAMPIRAN A.pdf)JTKRS LAMPIRAN A.pdf[ ]230 kB