depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - SEMAKAN DATA PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK

SEMAKAN DATA PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pengetua & Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Hilir Perak.

  

Tuan,

 

SEMAKAN DATA PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama-sama dengan Pejabat Pendidikan Daerah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan Pusat Kegiatan Guru akan membuat semakan data peralatan ICT sekolah di setiap sekolah di negeri Perak. Semakan berdasarkan kepada kedudukan Kew PA yang berkaitan dengan peralatan ICT, Data Peralatan ICT EMISOnline (berdasarkan data EMISOnline pada 31 Mei 2019), dan Lokasi Aset ICT di sekolah.Pasukan petugas akan mula menjalankan semakan data peralatan ICT mulai  17 Jun 2019 hingga 20 September 2019.

                  

3.       Sehubungan dengan itu,  pihak sekolah perlu mengambil tindakan awal bagi melancarkan proses semakan seperti berikut:

3.1     membuat semakan aset dan kad Kew PA (peralatan ICT sahaja)

3.2     mengasingkan aset lama yang perlu dilupuskan

3.3     menyemak lokasi setiap aset ICT

 

4.       Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Unit Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

5. berikut dilampirkan surat dari JPN dan panduan pengurusan aset. sila muat turun bahan.

Sekian.

Terima kasih

 

 

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png8.png0.png
Hari Ini122
Semalam1077
Minggu Ini1199
Bulan Ini19993
Keseluruhan1477080

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai